Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ba.lan] | ڤرطبلن

Definisi : perihal bertabal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ba.lan] | ڤرطبلن

Definisi : perbuatan atau hal bertabal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertabalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa15.05.2017
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.)

Saudara,

Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan.

Tatabahasa07.07.2010
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTITeks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI.Tatabahasa01.04.2009
Apakah perbezaan konsep pelantikan, pertabalan dan pemahkotaan untuk golongan raja?Sila rujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maksud setiap perkataan dan perbezaan antara ketiga-tiga perkataan yang tersebut.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2017
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasihSelamat ptg:

Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut:

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG,

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

Lain-lain08.11.2016
Minta menjelaskan kesalahan bagi ayat: Majlis pertabalan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daearh Yam. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Majlis pelantikan pengawas sekolah akan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Yam. Tatabahasa08.12.2023
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih.

Encik Ming Hui,

Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana.

Makna06.07.2010
Apakah maksud jubli perak & jubli emas? Adakah wujud perkataan jubli intan?Jubli ialah Perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa(hari perkahwinan, hari pertabalan raja,dll):Jubli Perak,(kedua puluh lima), Jubli Emas(kelima puluh),Jubli Intan(keenam puluh)Makna22.02.2007
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan)Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik.Tatabahasa12.04.2008
Assalamualaikum DBP. Saya ingin kepastian adakah wujud istilah Jubli Baiduri yang merujuk kepada sambutan ulang tahun ke 15?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "jubli" bermaksud perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja dan lain-lain). Berdasarkan sumber rujukan kami, hanya tiga "jubli" yang ditemui iaitu "jubli perak" (perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima), "jubli emas" (perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh), dan "jubli intan" (perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh.) Tidak ada maklumat tentang "jubli baiduri".


Makna22.02.2022
12

Kembali ke atas