Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ha.nan] | ڤرتاهنن

Definisi : 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ha.nan] | ڤرتاهنن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTAHANAN AWAM

Pertahanan awam juga dikenali sebagai

perlindungan awam , ialah program yang dibiayai

oleh kerajaan, untuk menyelamatkan nyawa dan

harta benda jika musuh menyerang sesebuah

negara ketika perang. Ia juga menyediakan

pasukan penyelamat dan bantuan kecemasan

untuk orang ramai yang menderita akibat bencana

alam seperti banjir, angin ribut, gempa bumi,

gunung berapi, kebakaran, dan letupan.

Pertubuhan pertahanan awam juga merangka

rancangan untuk mengurangkan kesan buruk yang

disebabkan oleh kejadian pemberontakan seperti

pengeboman dan pencemaran yang teruk atau

kemalangan nuklear.

UMUM 
INISIATIF PERTAHANAN STRATEGIK UMUM 
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH), sebuah kementerian yang menggabungkan pihak tentera dan awam dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab dalam aspek pertahanan negara.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
PERSETUJUAN PERTAHANAN LIMA NEGARA

Pertubuhan Lima negar berkenaan hubungan pertahanan.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA

Pertubuhan perjanjian pertahanan militeri anjuran Amerika Syarikat untuk pertahanan bersama Eropah Barat dan Amerika Utara. Pasukan tentera yang dibentuk daripada negara-negara ahli memfokuskan operasi di rantau Eropah, Atlantik Utara sehingga ke perairan Mediterranean untuk mengimbangi kuasa Soviet.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
MENARA MARTELLO

Menara Martello ialah menara pertahanan yang

dibina pada tahun 1804 di sepanjang pantai selatan

dan pantai tenggara England serta pantai timur

Ireland. Menara itu dibina sebagai benteng

pertahanan terhadap ugutan serangan Napoleon.

William Pitt mengarahkan supaya 74 buah menara

Martello dibina di sepanjang pantai Essex, Kent,

dan Essex Timur. Menara Martello meniru sebuah

menara di Tanjung Mortella; Corsica. Tinggi

menara ini kira-kira 12 meter dan temboknya

setebal tiga meter. Tiga laras senapang dilekapkan

pada bumbung setiap menara.

UMUM 
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

(NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang

bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara

Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh

negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan

ini menyediakan pertahanan bersama terhadap

kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau

penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan

bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih

negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan

dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara

anggota dalam perikatan ini.

UMUM 
ANZUS

ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat

secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New

Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut

menggabungkan huruf pertama setiap nama negara

ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan

bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan

Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini

membahayakan mereka semua. Setiap negara

berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang

dialami bersama selaras dengan proses

perlembagaannya.” Perjanjian tersebut

ditandatangani di San Francisco pada 1 September

1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952.

UMUM 
DORA

DORA, Akta Pertahanan Jajahan (Defence of

the Realm Acts) yang  diluluskan pada

tahun 1914 dan tahun 1915 memberi kerajaan

United Kingdom satu kuasa yang khusus

semasa Perang Dunia I (1914–1918).

UMUM 
PERIKATAN BERTIGA

Perikatan Bertiga ialah perjanjian pertahanan

antara Austria-Hungary, Jerman dan Itali.

Perjanjian ini berkuat kuasa dari tahun 1882

sehingga Perang Dunia I.

UMUM 
12345

Kembali ke atas