Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ha.nan] | ڤرتاهنن

Definisi : 1. hal mempertahankan (men­jaga supaya selamat dll): hak ~ tubuh dan harta; 2. perihal membela, pembelaan: seka­rang, dgn tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dr rumahmu; 3. sesuatu (spt kubu atau benteng) yg digunakan utk mem­pertahankan diri dll drpd serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dll: kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar; memper­kukuh ~ negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ha.nan] | ڤرتاهنن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bertahan. 2 sesuatu yg digunakan utk mempertahankan atau utk melindungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defensive missilesmisil sanggaSejarahTiadaMisil yang digunakan khusus untuk pertahanan diri sama ada sebagai pertahanan kawasan atau pertahanan titik yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat.
ballistic missile defencepertahanan misail balistikSains PolitikTiadaPertahanan bagi menghadapi serangan peluru atau roket berpandu jarak jauh, atau penggunaan senjata seperti itu untuk pertahanan negara.
collective self defencepertahanan diri bersamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLangkah yang dibuat secara bersama-sama dengan negaranegara lain untuk menggunakan kekerasan bagi menangkis serangan. Langkah ini merupakan sebahagian daripada langkah pertahanan diri yang dibenarkan oleh Piagam PBB. Selain mematuhi syarat-syarat pertahanan diri, negara yang diserang juga perlu meminta bantuan PBB bagi membolehkan tindakan bersama diambil. Contoh pertahanan diri bersama ialah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
radiological defencepertahanan radiologiKejuruteraanTiadaPertahanan terhadap kesan keradioaktifan dari senjata nuklear termasuk pengesanan dan pengukuran keradioaktifan serta penyahkontaminasi kawasan dan kelengkapan.
crouch defencepertahanan siapSukanTiadaPertahanan yang memerlukan pemain berada berdekatan dengan jaring sambil memegang raket di hadapan muka untuk menahan pukulan lawan.
diagonal defencepertahanan silangSukanTiadaTaktik pertahanan yang digunakan dalam acara beregu.
side-on-defencepertahanan sisiSukanTiadaPertahanan yang dilakukan oleh pemain dengan mengiringkan badan ke sisi kiri atau kanan apabila membalas pukulan lawan.
straight-on-defencepertahanan langsungSukanTiadaPertahanan yang dilakukan oleh pemain dengan menghalakan badan ke arah jaring.
double defencepertahanan reguSukanTiadaKeadaan dua pemain pertahanan yang mengawal seorang pemain lawan.
pac-man defencepertahanan berlawananPentadbiran PerniagaanTiadaStrategi pertahanan dalam pengambilalihan paksaan iaitu syarikat sasaran membuat tawaran untuk mengambil alih syarikat yang menyerangnya.
12345678910...

Kembali ke atas