Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.lian] | ڤرتالين

Definisi : 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.lian] | ڤرتالين

Definisi : 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Peribahasa

Tali terentang tidak putus,
     sangkutan tergantung tidak rekah.

Bermaksud :

Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian,

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi.

Makna12.08.2009
Apakah yang di maksudkan dengan HUBUNGAN SULIT.Hubungan atau pertalian yang dilakukan bukan secara terang-terangan tanpa pengetahuan orang lain.Makna04.03.2010
Perbezaan penggunaan perkataan perhubungan dan penghubungan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perhubungan ialah hal berhubung; perkait­an; pertalian: Contoh ayat, Tidak terdapat sebarang perhubungan antara kedua-dua kejadian itu, maksud kedua Alat untuk berhubung atau lalu lintas (jalan raya, kereta api, pos, telegram dll). Contoh ayat, Semua perhubungan di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat telah terputus akibat banjir dan maksud ketiga cara orang, negara dan lain-lain berhubung antara satu dengan yang lain, contoh Perhubungan dagang pun bermula antara negeri China dengan Melaka.

Berbeza pula dengan maksud penghubungan yang menerangkan perihal atau perbuatan (cara dsb) menghubungkan. Sebagai contoh ayat yang digunakan dalam istilah kesenian. Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain.

Lain-lain07.12.2017
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih.
LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~;

selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu.

Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa.
" Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja. 


Tatabahasa11.09.2012
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Tuan/Puan Saya mempunyai satu pertanyaan berkaitan panggilan Yang Mulia (Y.M) adakah boleh digunakan bagi individu seperti Nik / Wan / Tuan yang diketahui mempunyai pertalian diraja atau Raja/Tengku sahaja yang dibenarkan kata sapaan tersebut ? Segala perhatian dan maklum balas daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, individu yang tergolong dalam sapaan Yang Mulia ialah individu yang mempunyai pangkal nama Tunku, Tengku, Engku, Ungku, Ku dan Raja. Walau bagaimanapun, sapaan YM ini juga bergantung pada negeri masing-masing. Contohnya, penggunaan YM Nik di negeri Kelantan. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain15.11.2021
apakah makna peribahasa batu loncatan,batu api,bau-bau bacang,bahasa pasar,bendera putih,dan buah fikiran?Batu loncatan bermaksud pangkalan untuk tempat memulai sesuatu usaha. batu api bermaksud tukang hasut. bau-bau bacang bermaksud ada pertalian saudara(tetapi sudah jauh). bahasa pasar bermaksud bahasa kacukan, iaitu bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh orang bukan Melayu apabila bertutur dengan orang Melayu yang tidak menguasainya  atau seperti yang dituturkan oleh orang Melyu yang diketahui tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bendera putih bermaksud tunduk atau menyerah kalah. Buah fikiran bermaksud pendapat, pertimbangan.    Lain-lain13.03.2008
Umum kita difahamkan bahawa Kata Pemeri 'adalah' digunakan di hadapan FS dan/atau FA. Jurubahasa ada juga menasihati dan melarang penggunaan 'adalah' di hadapan FK, walaupun tidak ada apa-apa penegasan rasmi dibuat di dalam buku teks tentang peraturan dan pertalian 'adalah' dengan FK. Harap beri pandangan DBP tentang penggunaan 'adalah' dalam ayat di bawah ini, dan huraikan sama ada 'ialah' boleh/ tidak boleh diganti dalam ayat di bawah serta beri sebab-sebab dari segi hukum tatabahasa: "Matlamat menyertai HK Filmart 2011 adalah mewujudkan dan industri media melain merancang strategi pasaran luar ...." (BH 15Sep11)

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja dan frasa kata kerja. (Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 264) Kata pemeri "adalah" tidak perlu hadir dalam ayat tersebut dan ayat tersebut perlu dilengkapkan kerana kata kerja "mewujudkan" tidak diikuti dengan objek untuk melengkapkan ayat.

Tatabahasa15.09.2011
Apakah maksud kata anjakan paradigma, kroni, globalisasi, dan autoriti(i) Anjakan paradigma bermaksud anjakan pemikiran seseorang atau organisasi pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran. (ii) Kroni bermaksud konco yakni rakan atau teman atau pihak yang ada pertalian dan hubungan. (iii). Globalisasi bermaksud keadaan yg menjadikan dunia mengecil dari segi hubungan manusia. (iv). Autiriti bermaksud kuasa atau hak.Makna12.10.2006
maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat

   terima kasih kerana menghubungi knbdbp.

  • anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
Istilah21.10.2009
saya memerlukan senarai unsur-unsur bahasa basahan dan kajian yang telah dilakukan. harap pihak dbp dapat memberi cadangan dan membantu masalah saya. terima kasih

Bahasa basahan tergolong ke dalam jenis neka bahasa rendah. Ciri-ciri bahasa rendah tidak mematuhi semua peraturan tatabahasa, sebutan, dan penggunaan kata. Ia menggunakan sistem sapaan dan ganti nama yang menunjukkan kemesraan, pertalian keluarga dan kebiasaan dalam kelompok masyarakat tertentu. Ia banyak menggunakan sebutan tidak baku seperti sebutan dialek dan basahan, kosa kata dialek, kata-kata ringkas dan lambang-lambang tulisan yang tidak ada dalam sistem ejaan rasmi, dll. Lazimnya kebiasaan ini adalah peribadi sifatnya, dan tidak dimengerti oleh semua orang. Ada kalanya, kita tidak dapat memahami maksud yang ada pada penutur atau penulisnya. Neka bahasa rendah ini adalah untuk ahli kelompok masyarakat yang dikenali dengan mesra, rapat dan biasa saja. Neka ini tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi.

Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan  maklumat lebih lanjut. Terima kasih.

Lain-lain05.02.2009
12

Kembali ke atas