Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.lian] | ڤرتالين

Definisi : 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.lian] | ڤرتالين

Definisi : 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Peribahasa

Tali terentang tidak putus,
     sangkutan tergantung tidak rekah.

Bermaksud :

Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUPU

Pupu ialah orang di luar lingkungan keluarga

terdekat kita yang ada hubungan dengan kita oleh

pertalian darah dan berasal daripada nenek

moyang yang sama. Carta ini menunjukkan

pertalian pupu.

UMUM 
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM 
KUMPULAN ETNIK

Kumpulan etnik ialah kumpulan manusia

yang mempunyai ciri-ciri yang sama, yang

membezakan mereka dengan orang lain dalam

sesebuah masyarakat. Anggota kumpulan

mungkin mempunyai pertalian nenek moyang,

budaya, bahasa, kewarganegaraan atau

agama, atau kombinasi antara aspek-aspek

tersebut.

UMUM 
PARAMESWARA

Parameswara ( ? –1414), pengasas Kesultanan

Melaka, Raja Melaka yang pertama (1399–1414).

Parameswara berasal dari Palembang, Sumatera,

Indonesia. Mengikut Sulalatus Salatin, namanya

dicatatkan sebagai Raja Iskandar Syah, kerana ingin

menampakkan pertalian zuriatnya dengan Iskandar

Zulkarnain. Menurut sumber dari China dan Portugis,

masing-masing mencatatkan namanya sebagai ‘Pai-limi-

sula’ dan ‘Parameswara’.

UMUM 
SEMENDASEMENDA, pertalian untuk seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang masuk menjadi ahli baharu dalam keluarga wanita tersebut.  Istilah ini digunakan dalam sistem kekeluargaan adat perpatih.  Mengikut adat perpatih, orang semenda ialah orang yang datang daripada satu suku  dan dia mengahwini seorang wanita daripada suku yang lain.  Mengikut adat, sistem perkahwinannya ialah eksogami, iaitu kahwin di luar suku.  Bagi seseorang yang tanpa suku, dia semestinya dikadimkan kepada suku yang berlainan daripada suku bakal isterinya. BUDAYAAdat
TEMIAR

TEMIAR, suku kaum Orang Asli daripada rumpun Senoi. Masyarakat ini dikenal juga dengan Tumior, Tummeor dan Tumia, dan dipercayai mempunyai pertalian dengan orang Sri Lanka dan India. Berasaskan bahasa Temiar yang merupakan salah sebuah bahasa Senoic dan serumpun dengan bahasa Mon-Khmer, ada pula pendapat yang mengatakan bahawa mereka berasal dari Indochina. Mengikut Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), orang Temiar berjumlah 12 949 orang pada tahun 1990. Masyarakat ini terdapat di negeri Perak, Pahang dan Kelantan.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SULTAN MUZAFFAR SYAHSULTAN MUZAFFAR SYAH (1505-1549), Sultan Perak yang pertama (1528-1549). Baginda diputerakan di Melaka.  Sultan Muzaffar Syah adalah pengasas Kesultanan Perak.  Baginda adalah putera sulung Sultan Melaka yang terakhir, Sultan Mahmud Syah, yang berundur ke Bentan berikutan penaklukan Melaka oleh pihak Portugis pada tahun 1511.  Bonda baginda bernama Puteri Onang Kening, puteri Kelantan.  Baginda mengahwini Tun Terang, yang ada pertalian saudara dengan keluarga bendahara Melaka.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TRI KORO DHARMO

TRI KORO DHARMO, pertubuhan pemuda pelajar sekolah menengah yang memperjuangkan gerakan kebangsaan di Jawa, Indonesia. Tri Koro Dharmo, bererti Tiga Tujuan Suci, ditubuhkan pada 7 Mac 1915 di Jakarta atas daya usaha Satiman Wirjosandjojo, seorang pelajar Sekolah Doktor Jawa. Tri Koro Dharmo yang berpegang kepada tiga prinsip yakni sakti, budi dan bakti bertujuan mewujudkan pertalian antara murid bumiputera sekolah menengah dan sekolah guru. Ahlinya yang terdiri daripada pelajar dari Jawa dan Madura ingin membangkitkan dan mempertajamkan semangat mencintai bahasa dan kebudayaan Jawa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD

RAJA LAUT IBNI SULTAN MUHAMMAD (1850-1913), pentadbir dan Raja Muda Selangor. Dia diberi nama sedemikian kerana dilahirkan di laut berhampiran Lukut. Sejak dari kecil lagi Raja Laut dipelihara oleh Raja Jumaat yang beristerikan Raja Senai, kakanda Raja Laut. Raja Jumaat adalah ketua daerah Lukut. Pada tahun 1857, Sultan Muhammad mangkat dan Raja Laut sepatutnya berpeluang menaiki takhta tetapi Raja Abdul Samad, sepupunya, telah dilantik. Raja Laut berkahwin dengan Raja Daeng Cahaya yang mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Jumaat dan mendapat seorang putera, Raja Alang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas