Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Frasa yang manakah tepat mengikut hukum DM pertama kali atau kali pertama?Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.Tatabahasa09.07.2013
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih.1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan.
2. Gas masak sama seperti minyak masak.
Tatabahasa11.09.2012
Ali "pertama kali" melakukan urusan. Ali "kali pertama" melakukan urusan. Mana satukah yang betul?Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Ali pertama kali melakukan urusan.
Tatabahasa17.06.2015
Apakah perbezaan antara frasa "pertama kali" dan "kali pertama"? Terima kasih.Pertama kali bermaksud "mula-mula sekali".
Manakala kali pertama bermakna "membuat perkara yang belum bernah dibuat sebelum ini".
Makna19.12.2017
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya?1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand.
2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
Tatabahasa25.10.2013
Tuan, adakah ayat ini betul? "Dari pencucian pertama". Dari adalah untuk arah, tempat dan masa. Pencucian pertama merujuk kepada masa bukan? Jadi adakah ia "Dari pencucian pertama" atau "Daripada pencucian pertama"? Terima kasih.Yang betul ialah "daripada pencucian pertama" kerana "daripada" di sini merujuk sumber.Tatabahasa21.11.2011
Pertama kali atau kali pertama. Mana yang betul?Jawapan yang betul ialah kali pertama.Lain-lain29.09.2010
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru?Jawapan:

1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas.
2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP
3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan.
4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.
Tatabahasa27.10.2015
salam sejahtera. manakah penggunaan yang lebih tepat? buat kali pertama atau buat pertama kali?Buat kali pertama, lebih tepat. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa31.03.2018
1) Yang manakah penggunaan frasa yang betul sama ada 'pertama kali' atau 'kali pertama'. 2) Saya juga masih keliru dengan penggunaan kata dasar 'ya' dengan 'ia' yang merujuk kepada 'perbuatan bersetuju dengan pendapat seseorang' kerana dalam kamus dewan kedua-duanya boleh digunapakai. Apakah status penggunaan yang terkini dan adakah kedu-duanya masih boleh diterima dalam penulisan esei pelajar?Kedua-dua 'pertama kali' dan 'kali pertama' adalah betul dan boleh digunakan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ya' ialah kata pembenar, iaitu perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. 'Ia' ialah kata ganti nama diri orang ketiga.Tatabahasa16.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas