Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
first orderperingkat pertama; tertib pertamaKimiaTiadaTertib pertama: Merujuk kepada kadar tindak balas yang berkadaran dengan kepekatan bahan tindak balas dinaikkan kepada kuasa satu.
first orderperingkat pertama; tertib pertamaFizikTiadaTiada
first orderperingkat pertama; tertib pertamaMatematikTiadaTiada
first impressionkesan pertama; pandangan pertamaPsikologiTiadaTiada
first surplus reinsurancereinsurans surplus pertama, insurans semula lebihan pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaAmaun pertama yang melebihi had bendungan syarikat insurans asal yang diperuntukkan kepada reinsurer.
pusingan pertamapusingan pertama (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
first-pass effectkesan laluan pertamaPerubatanTiadaKesan berkurangnya biokeperolehan sistemik sesuatu ubat yang diambil secara oral. Kesan ini disebabkan oleh metabolisme di hepar yang berlaku apabila ubat tersebut melalui hepar pada kali pertama. Kesan laluan pertama menjadi ketara bagi ubat yang mempunyai kadar metabolisme hepar yang tinggi. Pemberian secara parenteral atau sublingual dapat memintas kesan laluan pertama. Contoh ubat yang mempunyai kesan laluan pertama ialah Nifedipine dan Propranolol.
crown of sonnetslingkaran sonetaKesusasteraanTiadaEmpat rangkap soneta yang dikaitkan dengan baris terakhir rangkap pertama menjadi baris pertama rangkap kedua dan baris terakhir rangkap kedua menjadi baris, pertama rangkap ketiga.
first surplus reinsurancereinsurans surplus pertama, insurans semula lebihan pertamaEkonomiTiadaTiada
filial generationgenerasi filial (F)BiologiGenetikGenerasi selepas generasi induk. Generasi filial pertama (F1) ialah generasi pertama anak berikutan generasi induk; generasi filial kedua (F2) ialah generasi kedua anak selepas generasi induk atau generasi hasil kacukan F1 sesama sendiri.
12345678910...

Kembali ke atas