Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KOPT

Kopt ialah istilah yang pertama kali digunakan

untuk merujuk sekumpulan penduduk asli tertentu

pada zaman Mesir purba.

UMUM 
ASBUT

Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara.

Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905

untuk menerangkan gabungan asap dan kabut

tebal yang kadangkala menyelubungi London

serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini,

asbut juga merujuk kepada keadaan yang

disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada

gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan

kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai

asbut fotokimia .

UMUM 
TEKNETIUM

Teknetium ialah unsur kimia dengan simbol Tc.

Ia adalah unsur yang pertama kali dicipta secara

artifisial. Nombor atomnya ialah 43. Isotop paling

stabil yang tersedia ada mempunyai nombor jisim

98.906.

UMUM 
TENIS DIRAJA

Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar

ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali

dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun

yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak

semukur yang berbumbung curam atau emper,

bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk

penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring

direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai

terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama

tertentu seperti chase a yard worse than last gallery

dan hazard chase the door.

UMUM 
STANDARD OIL COMPANY

Standard Oil Company. Pada tahun 1859,

Edwin L. Drake, pesara pengendali landasan kereta

api, pertama kali berjaya menggali telaga minyak

secara komersial di Amerika Syarikat, berhampiran

Titusville, Pennsylvania. Empat tahun kemudian,

John D. Rockefeller menceburi diri dalam industri

minyak. Rockefeller menyertai siri perkongsian

hingga ke tahun1870, apabila pegangan dan sekutu

rapatnya diserapkan ke dalam syarikat Standard Oil

Company dari Ohio.

UMUM 
PERAK NIKEL

Perak nikel ialah aloi kuprum, nikel dan zink.

Aloi ini juga dinamakan perak Jerman kerana ia

pertama kali dibuat di Hildburghausen, Jerman. Ia

adalah logam berwarna kekuningan yang lebih

keras daripada perak. Perak nikel mudah kusam,

tetapi ia mudah digilap. Banyak barang perak yang

digunakan hari ini dibuat daripada perak nikel

yang disadur dengan perak sebenar. Ia kelihatan

seperti perak asli apabila baru, tetapi sadurannya

pudar setelah digunakan.

UMUM 
SENAPANG LANTAK

Senapang lantak ialah senjata api yang

digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya

raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali

digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk

memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal

daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna

anak helang atau daripada nama pereka Itali,

Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya

bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy,

iaitu nama awal Rusia.

UMUM 
DOLAR

Dolar ialah unit mata wang di kebanyakan negara.

Perkataan dolar berasal daripada Joachimsthaler

–nama duit syiling yang pertama kali dibuat pada

tahun 1516 di sebuah daerah perlombongan

perak di Bohemia (kini Republik Czech).

UMUM 
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
REAGAN, RONALD WILSON

Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah

Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga

tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan

dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada

tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang

popular. Pada tahun 1984, dia memenangi

pemilihan semula sebagai presiden setelah

mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale,

dengan majoriti yang besar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas