Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
default passwordkata laluan lalaiTeknologi MaklumatPerisianKata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu.
first time job seekerpencari kerja pertama kaliKependudukanTiadaTiada
first time job seekerpencari kerja pertama kaliSosiologiTiadaTiada
first editionedisi pertamaKesusasteraanTiadaKarya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan.
air datetarikh ke udaraPentadbiranTiadaTarikah pertama kali iklan ditayangkan di televisyen.
prestarter dietdiet prapemulaVeterinarTiadaMakanan yang pertama kali diperkenalkan kepada anak haiwan yang baru mula memakan bahan makanan pepejal. Makanan jenis ini mengandungi protein dan tenaga pada aras yang tinggi serta mudah dicerna. Bagi ternakan ruminan dan babi, makanan ini mengandungi susu tepung, kanji dan kacang soya untuk menggalakkan pengambilannya. Anak ternakan yang menyusu boleh diberi makanan ini apabila mencapai umur 1-2 minggu sebagai galakan untuk memakan makanan pepejal.
primiparaprimiparaPerubatanTiadaWanita yang melahirkan anak pertama kali.
asparagineasparagina (Asn)BioteknologiTiadaAsid amino yang pertama kali ditemukan dalam asparagus, terutama pada daun muda. Asid ini penting dalam metabolisme nitrogen pada tumbuh-tumbuhan. H2NCOCH2CH(NH2)COOH
purified textteks murni/teks nirmalaKesusasteraanTiadaTeks yang pertama kali dilahirkan oleh pengarang yang belum disunting dan disalin.
V particlezarah VFizikAtom dan NuklearNama yang pertama kali diberikan kepada zarah tak stabil kerana reputan zarah tersebut menghasilkan lintasan cirian bentuk V dalam kebuk awan yang didedahkan kepada sinar kosmik. Contoh zarah V ialah meson K neutral atau hiperon lambda.
12345678910

Kembali ke atas