ekspo | pameran dan jualan barangan, perkhidmatan dll, mis hasil kraf tangan, lukisan, dan hasil pertanian, yg diadakan secara terancang dan besar-besaran dlm tempoh masa tertentu | Kamus Dewan Perdana |
EU | European Union (Kesatuan Eropah). EU ialah pertubuhan yg dianggotai oleh negara-negara Eropah berkaitan dgn ekonomi dan politik, mis mewujudkan dasar ekonomi, perdagangan, pertanian dan kewangan yg sama supaya terbentuk satu rantau Eropah yg bersatu. Sebelum 1993, pertubuhan ini dikenali sbg EEC (Kesatuan Ekonomi Eropah) | Kamus Dewan Perdana |
empangan | binaan pengawal aliran air yg dibuat drp konkrit, tanah dsb merentangi kawasan aliran air, spt sungai dan laut dr dasar hingga ke permukaan, biasanya dijadikan sbg kawasan tadahan air, sumber pengairan tanah pertanian dan sumber tenaga hidroelektrik | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |