manggul Ib | upacara ketika mula membersihkan tanah untuk pertanian dengan cara membuat persembahan untuk dewa dan roh yang menjaga tanah itu. | Mereka semua disuruh berhuma di satu kawasan. Sebelum membersihkan kawasan huma itu satu upacara ‘Manggul’ diadakan. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
meliana MSb | kaya raya. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
semio Bj Sm | pasar tani, tamu. | Desa Selengkutai amat meliana dengan hasil pertanian terutamanya padi dan buah-buahan tempatan. Di samping itu Desa Selengkutai mempunyai semio untuk berurus niaga. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
salasak Kd KB | roh air. | 15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tombaig Kd KB | sejenis roh air. | 15. Salasak atau Tombaig – Roh air, selalu dalam upacara adat pertanian dan diberi sajian untuk mengawal sungai, parit dan tali air dan juga menghalau serangga. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |