Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.nya.an] | ڤرتاڽاءن

Definisi : pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.nya.an] | ڤرتاڽاءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Peribahasa

Lain biduk lain digalang.

Bermaksud :

Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat). galang = penyangga, landasan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terima kasih kerana maklumbalas pertanyaan-pertanyaan saya sebelum ini. Apakah terjemahan bagi -one dan -ene- yang terdapat dalam nama ki ia sistematik seperti pada contoh-contoh di bawah: 6-tert-butyl-3-dimethylamino-4-methyl-1,2,4-triazin-5= (4H)-one S-allyl prop-2-ene-1-sulfinothioate Sekian.Sila rujuk buku Istilah Tatanama Kimia sebagai panduan dalam penamaan istilah-istilah ini.Penyemakan dan penterjemahan18.03.2015
Assalamualikum tuan/puan. Terima kasih banyak kerana menjawab pertanyaan -pertanyaan saya. Ia sangat membantu. Saya ingin bertanya beza "hasil" dan "keberhasilan" Terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi hasil dan keberhasilan adalah seperti yang berikut:

 

hasil n

1 dapatan atau faedah drp sst usaha, kegiatan dsb: Setelah lima tahun bercucuk tanam, ladang itu memberikan hasil yg lumayan.• Penangkapan Razlan itu ialah hasil pengintipan selama sebulan.

2 sst yg diperoleh atau dikeluarkan drp pokok, tanah, hutan dsb: Myanmar ialah sebuah negara yg kaya dgn hasil hutannya. • Orang Senoi mengutip hasil padi mereka dgn menggunakan tuai.

3 ki sst kebaikan atau keburukan yg timbul selepas berlakunya sst kejadian, tindakan dll: Mereka menggunakan senjata termoden hasil teknologi paling canggih. Keselesaan yg dinikmati ialah hasil pengorbanan dan perjuangan generasi sebelum ini.

4 pendapatan yg diperoleh sso, syarikat atau negara drp kutipan cukai, denda, sewa dll: Sekiranya orang yg dituduh itu tidak hadir pd hari perbicaraannya, maka wang jaminannya itu akan hilang dan menjadi hasil kerajaan.

 

 keberhasilan n

1 hal beroleh hasil atau kesan: Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pd masyarakat penggunanya. Dia menerangkan cara utk meningkatkan keberhasilan perniagaan di Internet.

2 sst yg dicapai atau diperoleh: Mari sama-sama kita berkongsi ttg keberhasilan yg dicapai sepanjang Ramadan.

Lain-lain06.07.2021
Tuan/Puan, Untuk makluman, pasukan kami sedang menyemak Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Justeru itu, terdapat pertanyaan-pertanyaan berkenaan padanan yang digunakan dalam peruntukan Peraturan-Peraturan tersebut. Pertanyaan tersebut dilampirkan bersama-sama ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2021
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Falls Somewhat Short"? Ayat ini digunakan dalam pemarkahan kaji selidik. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.

Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini. Dalam buku Kamus Dewan, fall short membawa pengertian berkurang atau menurun; manakala somewhat membawa pengertian sangat-sangat atau agak. Daripada pengertian makna kamus (tanpa konteks ini) kami hanya boleh mencadangkan padanan seperti yang berikut:

1.     sangat-sangat berkurang

2.     sangat-sangat menurun

3.     agak berkurang

4.     agak menurun

Istilah06.05.2014
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud perkataan "physic" yang digunakan dalam bidang perubatan. Perkataan ini adalah berbeza daripada "physics" yang bermaksud fizik. Terima kasih.Seperti biasa, sila berikan konteks ayat atau lebih baik ayat penuh seperti pertanyaan-pertanyaan puan sebelum ini.Istilah22.05.2014
Assalamualaikum, pertanyaan ini merupakan kesinambungan daripada pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkaitan dengan pertanyaan kerja kosong di DBP. Di sini saya lampirkan resume saya untuk digabungkan sekali bersama keputusan peperiksaan saya yang dihantar pada pertanyaan sebelum ini. Jika ada apa-apa pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di 0199886073 atau di emel amiraaqilah@gmail.comSalam sejahtera,

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain12.02.2022
Apakah perbezaan antara sekolah/akademi swasta dan persendirian?Mohon maaf, pertanyaan ini bukan pertanyaan tentang bahasa, ejaan, sastera, penerbitan atau korporat DBP dan kami tidak dapat memberikan maklum balas tentang pertanyaan tersebut.Lain-lain08.03.2024
Pertanyaan Ransangan atau rangsangan? Ejaan yang mana satu betul? Jawapan yang diberi dalam Khidmat Nasihat 2009 ialah rangsangan tetapi kebanyakan artikel dalam Google menulis ransangan malahan buku teks sains juga guna ransangan. Minta penjelasan untuk perkataan ini. Sekian, terima kasih
Ejaan yang betul ialah rangsangan. Kata ini terbit daripada kata rangsang. Penggunaan kata ransangan adalah salah dan tiada dalam kamus.
Ejaan19.03.2023
pertanyaan saya bertarikh 9.8.2022 belum dijawab oleh pihak tuan dalam tempoh masa yang telah dijanjikan iaitu dua hari dari tarikh soalan diajukan.

Kami mencadangkan padanan berikut “Kehadiran pegawai tuan ke program ini adalah untuk berkongsi maklumat program bahasa yang telah dijalankan di organisasi tuan.” Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan.

Lain-lain13.08.2022
Pertanyaan nama betul untuk PERSATUAN PERIKATAN PENGIKLANAN BERSEPADU NEGERI PAHANG

Berdasarkan carian kami melalui Internet, terdapat nama Persatuan Pengiklanan Negeri Pahang yang berstatus aktif, namun tidak menemukan nama Persatuan Perikatan Pengiklanan Bersepadu Negeri Pahang. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak yang berkaitan atau buat carian melalui laman sesawang yang mempunyai pangkalan data mengenai senarai nama persatuan yang berdaftar.

Lain-lain26.05.2022
12345678910...

Kembali ke atas