pertanyaan | pertanyaan 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertanyaan yg lindap | pertanyaan yg samar-samar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lindap | Mn 1. = melindap menjadi kurang (cahaya, panas, dll), tidak kuat lagi: demam telah ~; 2. tidak terang (nyata, jelas, dll) lagi, kabur, padam, samar; lampu ~ lampu mulai padam (tidak terang lagi); pertanyaan yg ~ pertanyaan yg samar-samar; melindap 1. tidak berbaki lagi, habis, lindang; 2. menjadi kabur (samar, tidak nyata, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertanyaan | 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pertanyaan saling tindak(interactive query) | Tindakan pengguna untuk mendapatkan maklumat daripada pangkalan data atau sistem maklumat dengan saling bertindak secara langsung dengan sistem. | Kamus Komputer |
pertanyaan(inquiry) | Permintaan pengguna kepada sistem untuk mendapatkan maklumat yang terkandung dalam sistem. | Kamus Komputer |
pertanyaan | 2 sesuatu yg dipertanyakan: ~ yg sukar. | Kamus Pelajar |
pertanyaan | 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. | Kamus Pelajar |
pertanyaan keliling | berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertanyaan keliling | pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |