Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tem.pu.ran] | ڤرتمڤورن

Definisi : perihal bertempur, perke­lahian (pergaduhan dll) yg sengit, peperangan, perjuangan: akhirnya Raja Haji mati dlm ~ ketika menyerang Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tem.pu.ran] | ڤرتمڤورن

Definisi : per­­buatan atau hal bertempur; per­juangan; peperangan: Maka ter­jadilah ~ sengit antara kedua-dua belah pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempur
Kata Terbitan : bertempur, menempur, mempertempurkan, pertempuran, penempur,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul "pertempuran dalam Berlin" atau "pertempuran di Berlin"? Kenapa?Jawapan yang tepat ialah "pertempuran di Berlin" kerana  kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala "dalam" berfungsi sebagai kata sendi nama yang berfungsi sebagai kata arah. Akan tetapi, ia hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.Tatabahasa01.12.2015
Apakah yang di maksudkan dengan peperangan dalam konteks bahasa melayu dan islam?Merujuk Kamus Dewan peperangan ialah perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara dua belah pihak (dua buah negeri dll). Untuk maksud yang lebih terperinci terutamanya peperangan menurut perspektif Islam sila rujuk buku-buku yang berkaitan dgn peperangan.Makna06.08.2007
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Rules of Engagement(ROE)". Bidang: Ketenteraan/KepolisanUntuk makluman tuan, belum terdapat padanan khusus bagi perkataan Rules of Engagement dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan awal kami bagi perkataan tersebut ialah Peraturan Pertempuran jika bersesuaian dengan konteks penggunaan.Penyemakan dan penterjemahan25.09.2018
saya mencari maksud dan penggunaan perkataan DEPLOYMENT. Saya mohon bantuan TuanMaksud "deployment" ialah kerah tugas atau mengatur kedudukan. Dalam bidang Sejarah, ia bermaksud perihal menentukan kedudukan yang teratur dengan cara yang lebih strategik bagi anggota tentera dan kapal perang sewaktu pertempuran di medan perang.Makna13.05.2009
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009

Kembali ke atas