Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Selamat Hari Raya! Saya ingin bertanya : 1. cuti semester atau Cuti Semester? 2. cuti pertengahan penggal atau Cuti Pertengahan Penggal?"1. cuti semester 2. cuti pertengahan penggalEjaan19.08.2013
Salam sejahtera. Adakah istilah "medieval period" mempunyai padanan selain "zaman pertengahan"? "Middle Ages" juga membawa maksud "Zaman Pertengahan". Bagaimanakah kedua-dua istilah ini boleh dibezakan? Penggunaan istilah tersebut adalah dalam konteks sejarah. Terima kasih.Dalam data kami, middle age ialah zaman pertengahan, dan medievel juga disebut zaman pertengahan. Berdasarkan istilah sasar dalam data kami, kedua-duanya sama, iaitu zaman pertengahan.Tatabahasa15.05.2014
Liza Albatraoz 2:44PM salam sejahtera.saya nak tanya,di mana sy boleh dapatkan buku2 terbitan DBP pertengahan tahun 80-an? Pertengahan tahun 1980an, penerbitan siri cerita rakyat Malaysia 1. PUTERA KIAMBANG (cerita asal rakyat Pulau Pinang) 2. NAGA LAUT KEPALA TUJUH (rakyat perak) 3. DULI TUAN KECIK (tganu) 4. SI BONGSU DAN KAK NAM (Melaka) 5. Bukit setimbun tulang (Kelantan) 6. Kuda Hijau Siri Tidurlah Intan saya ingin membelinya utk hadiah anak saya... harap dapat bantu.. terima kasih Seen by Liza Albatraoz at 2:44pmTuan/Puan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan/puan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.Lain-lain29.07.2016
Adakah mualaf perlu dieja dengan huruf besar pada huruf pertama seperti "Mualaf" atau "mualaf" sahaja dalam binaan ayat di pertengahan ayat.Mualaf merupakan kata nama am dan dieja huruf kecil pada pertengahan ayat.Tatabahasa27.07.2016
Sapaan @ Solutasi di pertengahan dan akhir ayat menggunakan huruf kecil kan? contoh tuan dan puan tetapi kenapa sapaan dalam perundangan ditulis dengan huruf besar walaupun dipertengahan dan akhir ayat seperti Tuan, Puan, Defendan,Plaintif, Pendakwa raya, Peguam bela, Mahkamah ini dsb. Adakah ini gaya penulisan dalam penulisan penghakiman? adakah ia salah dari segi tatabahasa? atau sebenarnya memang ada salutasi@sapaan umum yang boleh digunakan huruf besar di pertengahan dan akhir ayat? atau ada apa-apa hukum tatabahasa yang saya tertinggal? mohon pencerahan. Terima Kasih.Penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan  konteks penggunaan dalam sesuatu wacana. Dalam hal penggunaan perkataan yang dibesarkan hurufnya boleh dikatakan nama khas sekiranya rangkai kata ini dilihat sebagai sesuatu nama khas yang telah dinyatakan dalam wacana sebelumnya atau yang biasanya terdapat dalam laras undang-undang yang memberikan maksud penggunaan dalam wacana seterusnya. Tatabahasa28.12.2020
perkataan internet ditulis Internet atau internet. Saya pernah diberitahu bahawa perkataan tersebut perlu ditulis dengan huruf 'i' besar ('I') sama ada di awal ayat atau di pertengahan ayat.

Internet ialah kata nama khas, oleh itu huruf awalannya hendaklah ditulis huruf besar walaupun di pertengahan ayat.

Ejaan29.05.2009
BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBEZAKAN E PEPET DAN E TALING DALAM TULISAN JAWIDalam tulisan Jawi, e pepet pada awal kata diwakili huruf ا  seperti ejaan امق  dan pada pertengahan kata tidak diwakili huruf seperti ejaan بله . Huruf e taling pula pada awal kata diwakili huruf اي  seperti ejaan ايلق  dan pada pertengahan kata diwakili huruf ي  seperti ejaan ميره .Ejaan17.04.2013
Betulkah ayat di bawah? Dan untuk kata nama selepas 'diikuti dengan', perlukah betul2 mengikut urutan Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan iaitu Kelantan diikuti dengan sebahagian Kedah dan Selangor, Kuala Lumpur, sebahagian Johor, Terengganu dan Perak pada awal bulan Mei 2021.Ayat yang lebih tepat ialah Sejak pertengahan bulan April 2021, disebabkan oleh kenaikan semula bilangan kes jangkitan harian di beberapa buah negeri, PKP telah dilaksanakan semula di negeri-negeri berkenaan, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan diikuti dengan Perak pada awal bulan Mei 2021.Tatabahasa07.05.2021
Salam... Ayat berikut dikatakan ada kesalahan. Boleh pihak tuan nyatakan kesalahan tersebut. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.. 1. Kaunselor mengingatkan semua murid agar mereka memanfaatkan masa cuti pertengahan penggal persekolahan untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru. 


dibekalkan- perkataan ini tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan yang sesuai ialah ' diberikan'.

2. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama.

'masih' kurang sesuai. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'tetap'.
Tatabahasa18.09.2012
1) Tuan/puan di pertengahan ayat ditulis Tuan/Puan atau tuan/puan 2) Ayat di jabatan masing-masing (j untuk jabatan ditulis huruf besar atau kecil)1. tuan/puan
2. Nama jabatan atau bahagian masing-masing ialah nama khas dan ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.10.2016
12345678

Kembali ke atas