Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.nga.han] | ڤرتڠهن

Definisi : 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intermediate leveltakat pertengahan/tahap pertengahan/ paras pertengahanBiologiUmumTiada
mid term reviewpenyemakan semula pertengahan penggalPentadbiranPentadbiran Awam

Penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu program, projek atau dasar pada peringkat pertengahan tempoh ia dilaksanakan. Penyemakan semula pertengahan penggal dibuat ke atas program ekonomi, pembangunan, belanjawan pemerintah atau syarikat serta sebarang bentuk dasar yang telah dilaksanakan. Semakan ini dibuat bagi mengetahui peringkat kejayaan yang telah dicapai atau meneliti sebarang kelemahan untuk penambahbaikan. Ia dilakukan pada masa separuh penggal, dengan harapan kerajaan dapat mengemaskini sebarang kelemahan bagi mengelak risiko yang lebih besar.

mid-coursepertengahan laluanAeroangkasaTiadaKedudukan di pertengahan jejakan penerbangan di antara pelancaran dengan destinasi.
midlife crisiskrisis pertengahan umurKejururawatanTiadaKeadaan individu semasa tempoh pertengahan dewasa antara umur 40 hingga 50 tahun akibat proses penuaan.
middle ages/medievalZaman Pertengahan (muzik)MuzikTiada

Muzik Zaman Pertengahan yang wujud antara 500 Masihi hingga tahun 1430. Lihat juga Ars antiqua, Ars nova.

intermediate spectrum reactorreaktor spektrum pertengahanKejuruteraanTiadaReaktor nuklear yang tindak balas pembelahannya dilakukan oleh neutron bertenaga pertengahan.
mesomeremesomerPerubatanTiada1. Blastomer yang berukuran pertengahan di antara makromer dan mikromer.,2. Zon pertengahan mesoderma di antara epimer dan hipomer.
mid-market ratekadar pasaran pertengahanEkonomiTiadaTitik tengah antara harga beli dan jual bagi dua mata wang pada bila-bila masa. Kadar pasaran pertengahan sentiasa berubah disebabkan oleh permintaan dan penawaran mata wang yang sentiasa berubah.
back widthukuran bidang belakangKesenianTiadaUkuran yang diambil pada bahagian belakang dari pertengahan keruk lengan kanan ke pertengahan keruk lengan kiri.
compound beltingpenalisawatan majmukMekanikGunaanSistem pemacuan tali sawat yang melibatkan penggunaan kapi-kapi pertengahan yang dipasangkan pada satu aci pertengahan. Nisbah halaju yang terhasil daripada sistem ini sama dengan nisbah hasil darab garis pusat kapi-kapi pemacu terhadap hasil darab garis pusat kapi-kapi pengikut. Sinonim pensabukan majmuk. Lihat juga kapi pemacu, kapi pengikut.
12345678910...

Kembali ke atas