Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perterjemahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, Saya Noraziela ingin bertanya tentang perterjemahan ayat dari bahasa inggeris ke bahasa melayu. berikut adalah ayat yang ingin diterjemahkan ke dalam bahasa melayu. 1. Walk Of Life 2. Make Road Safe Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak kami akan membuat kempen berkenaan.Justeru itu pihak kami ingin menterjemahkan nama kempen berkenaan ke dalam bahasa melayu sempena seruan kerajaan untuk mengutamakan penggunaan bahasa melayu. Saya memohon jasa baik dari pihak tuan untuk memberi cadangan yang sesuai untuk perterjemahan nama kempen berikut ke dalam bahasa melayu. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya harapkan. Sekian Terima Kasih.Cadangan terjemahan kami bagi "Walk of Life" ialah "Perjalanan Selamat" dan "Make Road Safe" ialah " Jadikan Jalan Raya Selamat untuk Anda". Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks.Istilah02.11.2011
Saya ingin mendapatkan pandangan perterjemahan nama persatuan dalam Bahasa Malaysia bagi Sabah Occupational Safety, Health and Environment Association (SOSHEA).Persatuan Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Alam SekitarMakna26.03.2020
Salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu yang khusus dalam bidang pelancongan. Perkataan-perkataannya ialah: 1. objective authenticity 2. constructive authenticity 3. existential authenticity 4. food authenticity 5. place attachment 6. intention to recommend 7. cultural motivation 8. Stimulus-Organism-Response model 9. underpinning model 10. mediating role 11. moderating role 12. control variables Terima kasih.Sila berikan contoh penggunaan perkataan tersebut dalam contoh ayat supaya kami boleh memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.  Makna17.06.2019
Apakah yang dimaksudkan dengan politik perterjemahan? kerana makna politik itu berlainan dalam fahaman saya, jadi apabila digabungkan dua perkataan ini, saya jadi kurang jelas dengan maknanya.Politik penterjemahan merujuk peranan bahasa (bahasa utama yang digunakan oleh sesuatu komuniti) apabila membuat pentafsiran isu, teori atau istilah politik. Oleh sebab itu, dapat dilihat beberapa istilah politik berdasarkan bahasa sesuatu etnik yang kemudian diterima umum, seperti coup d'etat (bahasa Perancis yang bermaksud rampasan kuasa).Makna29.06.2014
saya mahu minta pendapat/bantuan berkenaan perterjemahan bahasa english untuk syarikat saya. ini ada lah logo / cogan kata syarikat saya.Kami cadangkan slogan kedua "Pengaliran Wang demi Kebaikan" digunakan.Tatabahasa22.06.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih.Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami:
1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar
2. Error Correction Model - model pembetulan ralat
3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor
4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am
Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan.  
Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Selamat petang, tuan/puan. Saya mempunyai istilah "organizational citizenship behavior" dan diterjemah kepada "kelakuan kewargaan organisasi". Adakah perterjemahan ini tepat? Istilah BM ini pernah digunakan oleh penyelidik Malaysia yang lepas.Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "organizational citizenship behaviour" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "organizational behaviour" yang padanan bahasa Melayunya ialah gelagat organisasi. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "organizational citizenship behaviour" ialah gelagat kewarganegaraan organisasi.  Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks dan penggunaannya.Istilah30.08.2013
1) Carian Kata tidak ada 'kereta continental', 'kereta kontinental' atau pun 'kereta buatan europe'. Apakah penterjemahan yang betul untuk 'continental cars'? 2) Juga, apakah perterjemahan yang betul untuk 'call us for free car pick-up services'?1. Cadangan terjemahan bagi continental car ialah kereta buatan Eropah.
2. Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah hubungi kami untuk perkhidmatan pengambilan kereta percuma.
Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
bolehkan khidmat nasihat DBP ini menterjemahkan perkataan bahasa inggeris kedalam bahasa melayu melalui laman web ini. jika boleh, boleh kah saya menghantarkannya. terimaksaih.

Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

 

Lain-lain11.08.2009
asalamualaikum di DBP ni ada keje jd translater part time tak? kalo ada saya nak keje part time, tp untuk bahasa inggeris ke bahasa melayu kalo ada plz inform tqSdr. boleh menghubungi Puan Saaodah Abdullah Persatuan Perterjemahan Malaysia di talian 0122067076.Lain-lain17.11.2007
12

Kembali ke atas