Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Pertubuhan Pembangunan Industri

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNIDO–United Nations Industrial Development

Organization) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (PBB) yang menggalakkan

perindustrian di negara membangun.

UMUM 
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) ialah pertubuhan yang berperanan ke arah

perdamaian dan keselamatan dunia serta kebaikan

manusia. Hampir kesemua negara merdeka di

dunia menjadi anggota PBB. Setiap negara anggota

menghantar wakilnya ke ibu pejabat PBB di New

York City dan di sana mereka membincangkan dan

mencuba menyelesaikan masalah.

UMUM 
PERTUBUHAN MAKANAN DAN PERTANIAN

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Nama penuhnya ialah Pertubuhan Makanan dan

Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Agensi

ini berusaha untuk memperbaik pengeluaran,

pengedaran, dan penggunaan makanan dan lain-lain

keluaran ladang, hutan dan perikanan di dunia.

Matlamatnya termasuk meningkatkan paras

pemakanan dan taraf hidup manusia, terutamanya

orang miskin di luar bandar. Lebih kurang 160

negara menganggotai pertubuhan ini.

UMUM 
U-THANTDiplomat Burma (kini Myanmar), Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1962-1971.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
THANT, U

Thant, U (1909–1974), diplomat Burma (kini

Myanmar ) yang berkhidmat sebagai setiausaha

agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

dari tahun 1962 hingga tahun 1971.

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
PÉREZ DE CUÉLLAR, JAVIER

Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920– ) ialah

diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha

Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia

menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang

memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de

Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang

berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama

dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia

digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir

pada bulan Januari 1992.

UMUM 
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 
YOUNG, ANDREW JACKSON, JR.

Young, Andrew Jackson, Jr. (1932– ) ialah

orang kulit hitam Amerika Syarikat pertama yang

berkhidmat sebagai duta Amerika Syarikat ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

UMUM 
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA

Pertubuhan Meteorologi Sedunia ( World

Meteorological Organization [WMO]) ialah agensi

khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia menaja

program seperti Pengawasan Cuaca Sedunia bagi

pertukaran cepat tentang pemerhatian untuk

meramal cuaca. Program ini terdiri daripada

beberapa rangkaian stesen kaji cuaca di serata dunia,

satelit dan komputer, dan sistem komunikasi seluruh

dunia.

UMUM 
1234

Kembali ke atas