Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tun.ju.kan]/[per.tun.ju/.kan] | ڤرتونجوقن

Definisi : 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tun.ju.kan]/[per.tun.ju/.kan] | ڤرتونجوقن

Definisi : 1 sesuatu spt wayang, sandiwara yg dipertunjukkan atau yg dipertontonkan: ~ wayang itu habis pd pukul 10.00 malam. 2 benda-benda yg diperlihatkan. 3 pameran: ~ buku diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
Persoalan tentang tanda baca. 1. Murid-murid mempersembahkan (pertunjukan yoyo cina / pertunjukan Yoyo Cina) di atas pentas.Disebabkan perkataan yoyo cina itu ialah nama khas, maka huruf awal haruslah huruf besar:  Murid-murid mempersembahkan pertunujukan Yoyo Cina.Tatabahasa21.09.2014
Ahmad dan Navin menonton pertunjukan udara. atau Ahmad dan Navin menyaksikan pertunjukan udara. ( Gambar yang ditunjukan mereka tengok secara langsung, bukannya di TV.Kedua-dua ayat adalah betul.  Mengikut Kamus Dewan:
menyaksikan 1 melihat sendiri; menghadiri: Lebih kurang 40,000 orang telah ~ pertandingan bola sepak itu malam tadi. 2 melihat atau menghadiri sbg saksi: Siapa yg akan ~ upacara akad nikahnya nanti? 3 menunjukkan sesuatu sbg bukti; mem­benarkan sesuatu dgn bukti atau dgn saksi; membuktikan: Kehebatannya akan disaksikan dlm pertarungan itu nanti.
menonton menengok (pertunjukan, wayang gambar, dll): ~ perlawanan bola;
Lain-lain21.09.2014
ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga apiSalam sejahtera,

Puan,

Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.

Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.08.2017
Bagaimana dan bilakah sesuai menggunakan perkataan "pertunjukkan" atau "pertunjukan" ? terima kasih, ini ialah untuk membantu murid dalam darjah dua, SJKC.Kata terbitan yang betul ialah pertunjukkan (kata nama) dan tunjukkan (kata kerja). Perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut boleh dilihat kepada penggunaannya di dalam ayat, contohnya: Pertunjukan kebudayaan daripada negara Uzbekistan akan diadakan di Istana Budaya pada minggu hadapan dan Tunjukkan kepada kami arah ke pusat bandar.Tatabahasa06.07.2011
Apakah perbezaan penggunaan "jika" dan "sekiranya" dalam ayat? Boleh bagi contoh?Kedua-dua jika dan sekiranya ialah kata penghubung yang boleh bertukar ganti. Contoh ayat: “Pertunjukan itu akan ditangguhkan jika tiada sambutan”. “Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan”.Tatabahasa21.06.2007
Ayat songsang kepada ayat biasa, 1)Belum tentu pandai anak guru tentang bidang itu. Jwpan (a): Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu. Jwpan (b): Anak guru tentang bidang itu belum tentu pandai. Adakah jawapan (b) betul? 2) Sungguh menakjubkan pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Jwpan (a): Pertunjukan yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan. Jwpan (b): Pertunjukan yang diadakan sungguh menakjubkan sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara. Adakah jawapan (b) betul? Terma kasih.Salam sejahtera,

Soalan 1

Jawapan yang betul:
(a) Anak guru belum tentu pandai tentang bidang itu.

Soalan 2

Jawapan yang betul
(a) Pertunjukan yang diadakan sempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara sungguh menakjubkan.
Tatabahasa04.06.2017
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "cosplay"? Tiada terjemahan frasa ini dalam pangkalan data PPRM. Adakah "Kosplay" boleh digunakan? "cosplay" bermaksud pertunjukan seni yang mana pesertanya memakai pakaian kostum. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Penulisan bagi perkataan yang belum ada padanan dalam bahasa Melayu adalah dengan memberikan huraian atau konsep makna perkataan tersebut, seperti cosplay, iaitu pertunjukan seni oleh peserta yang memakai kostum.Lain-lain19.01.2019
Anak saya akan menyertai pertunjukan fesyen pakaian pengantin, jadi bolehkah pihak tuan memberi maklumat atau penerangan secara jelas tentang pakaian tersebut ( dari segi sejarah pemakaian dan aksesorinya)?Puan boleh merujuk buku seperti di bawah : 1. Pakaian Melayu sepanjang zaman Abbas Alias Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003. 2. Pakaian cara Melayu Siti Zainon Ismail Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2006. 3. koleksi pakaianku Mohammad Jalal Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001. 4. Adat perkahwinan dan tatarias pengantin Melayu Tengku Luckman Sinar, SH 2001Lain-lain18.10.2007
1. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja”.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. “Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun.Tatabahasa05.01.2015
1234

Kembali ke atas