Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.ma.han] | ڤرومهن

Definisi : 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pe­ngurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai ke­rajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk men­diri­kan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.ma.han] | ڤرومهن

Definisi : 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perumahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DEFINASI PENCEGAHAN JENAYAH DAN DEFINASI PERUMAHAN BERTINGKATPerbuatan jenayah bermaksud hal yang berkaitan dengan perbuatan menegah daripada berlakunya jenayah, manakala perumahan bertingkat dalam konteks umum merujuk kepada tingkat-tingkat yang terdapat dalam projek perumahan yang dibangunkan. Walau bagaimanapun saudara perlu merujuk kepada pihak perbandaran jika hal ini berkaitan dengan sesuatu projek khusus yang dibangunkan oleh pihak tertentu. Makna26.10.2010
Perkataan "untuk" dan "dan" dalam ayat tajuk. 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai atau 2. Ceramah Awam Untuk Penghuni Perumahan Dan Kedai Mana yang betul. Terima kasihAyat yang betul ialah 1. Ceramah Awam untuk Penghuni Perumahan dan Kedai. Kata "untuk" ialah kata sendi nama dan "dan" ialah kata hubung. Oleh itu, kedua-duanya mesti ditulis bermula dengan huruf kecil.Tatabahasa03.05.2013
ada kawasan perumahan di shah alam dinamakan LAMAN SANUR. apakah maksud SANUR itu? saya cari di portal carian kata tidak wujud. tqTiada dalam rujukan kami. Mungkin sanur ialah kata daerah.Lain-lain10.11.2009
Minta bantuan ejaan jawi untuk : PEMAJU PERUMAHANEjaan Jawi bagi perkataan Pemaju Perumahan ialah ڤماجو ڤرومهن
Ejaan05.10.2020
Salam semua. Saya sedang menterjemah perumahan dan pendudukan di luar negara. Ada satu istilah dipakai apabila perumahan yang sangat berdekatan dengan laluan kereta api dipanggil "passing loop". Saya tahu menterjemah "loop" sebagai "lingkaran" atau "ulang-alik". Tapi "passing" agak susah untuk diterjemahkan yang sesuai dengan kegunaan istilah "passing loop" ini digunapakai. Harap saudara dan saudari semua dapat menyelesaikan masalah ini.Sila beri ayat penuh bahasa Inggeris saudara, yang mengandungi istilah 'passing loop' untuk padananan bahasa Melayu yang lebih tepat.Makna11.10.2018
Berapa tahunkah tempoh pembayaran pinjaman perumahan saya? betul ke soalan ini?Ayat "Berapa tahunkah tempoh pembayaran pinjaman perumahan saya" adalah betul.Tatabahasa30.07.2022
Saya dalam proses menyediakan cadangan nama jalan taman perumahan. Bolehkah saya nama jalan utama taman perumahan sebagai Jalan PremierUntuk makluman pihak tuan, penamaan jalan dan tempat awam perlulah menggunakan nama dalam bahasa Melayu yang betul dan mempunyai maksud yang baik. Premier merupakan perkataan bahasa Inggeris. Oleh itu, pihak DBP mencadangkan dikekalkan penggunaan nama kepada "Jalan Utama" atau "Jalan Perdana."Lain-lain15.03.2022
Perkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diseliakan oleh Indah Water. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? tqPerkhidmatan sistem pembentungan di taman perumahan itu diselia oleh Indah Water.Tatabahasa15.02.2012
Bolehkan saya mendapatkan panduan untuk memilih nama tempat/kawasan perumahan/taman/jalan yang bersesuaian. Saya dimaklumkan DBP ada mengeluarkan buku/pamplet panduan tersebut.

Buku tersebut ialah Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan. Harap maklum.

Lain-lain22.05.2008
Ali yang mewakili belia Perlis memperkatakan sesuatu ketika membahaskan usul perumahan rakyat. Bagaimana ayat pasifnya?Selamat ptg.

Ayat pasif ialah Sesuatu telah diperkatakan oleh Ali yang mewakili belia Perlis ketika membahaskan usul perumahan rakyat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa17.11.2016
12345678

Kembali ke atas