Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ark gulungan benang yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : ; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), mayang bukit, nyatuh bunga (kerangan, pipi), Payena lucida; akar ~ gagak = akar kerbau betina sj tumbuhan (pokok memanjat), Byttneria maingayi; akar ~ kerbau (kijang) sj tumbuhan (pokok memanjat), secerek (sejerit) hitam, selempah, Gnetum campestre. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rut] | ڤروت

Definisi : 1 bahagian tubuh sebelah hadapan yg letaknya di antara dada dgn ari-ari: ~nya buncit. 2 alat dlm tubuh yg berupa kantung tempat makanan dicernakan: ~nya sudah kosong. 3 bahagian dlm tubuh perempuan tempat bayi dikandung; rahim: Ketika Jepun kalah perang dahulu, saya masih dlm ~ ibu lagi. ~ babat ruang pertama dan yg terbesar pd perut haiwan pengunyah, tempat makanan menjadi separuh cerna. ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam. ~ jalinan ruang kedua pd perut haiwan pengunyah yg dilapisi membran yg berbentuk spt sarang lebah dan berfungsi sbg tempat terkumpulnya benda-benda yg tidak mudah hadam. ~ kapal bahagian kapal yg di tengah-tengah. ~ kitab ruang ketiga pd perut haiwan pengunyah yg terdiri drpd dinding otot yg pejal dan berfungsi utk memerah air keluar dr bahan makanan sebelum bahan makanan itu masuk ke perut sebenar atau perut masam. ~ laut bahagian dasar laut. ~ masam ruang keempat pd perut haiwan pengunyah yg menjalankan proses pencernaan. ~ muda (panjang) usus; tali perut. ~ padi bahagian batang padi yg besar. ~ tunggal perut yg tidak banyak mempunyai ruang (spt yg terdapat pd perut ayam, itik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perut

Puisi
 

Kalau tak tahu jangan digagah,
     Lidah tak nyaman perut pun tak sebu;
Hilir malam mudik tak singgah,
     Buah nipah disangka labu.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Perut kosong penggilap otak.

Bermaksud :

Lapar menyebabkan orang berfikir.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
perutperutKerisTiadaBahagian ganja yang terletak di bawah leher dan di atas sepit rotan. Di tengah-tengah bahagian ini terdapat lubang untuk memasukkan paksi.
channel catfish virus (CCV)virus ikan keli terusan (CCV)PerikananAkuakulturSejenis herpesvirus, Ictalurid Herpesvirus 1 daripada famili Alloherpesviridae yang menyebabkan penyakit kepada ikan berduri seperti ikan patin, keli dan baung. Ikan yang diserang penyakit ini menunjukkan tanda-tanda seperti kembung perut/perut buncit, mata membonjol dan perdarahan di sirip dan otot.
rumenrumenVeterinarPraklinikalPerut pertama atau perut depan haiwan ruminan. Rumen memenuhi bahagian kiri abdomen sehingga melepasi bahagian tengah badan. Bahagian ini bermula dari hujung esofagus dan berakhir di retikulum. Rumen dikenali juga sebagai perut besar.
forestomachperut depanVeterinarPraklinikalTiga bahagian pertama daripada empat bahagian perut ruminan; iaitu retikulum; rumen dan omasum. Perut depan merupakan bahagian utama pencernaan ruminan. Perut depan dikenali juga sebagai proventrikulus. Sinonim proventrikulus.
glandular stomachperut berkelenjarVeterinarPraklinikalPerut yang terbahagi kepada tiga zon; iaitu zon kardium; zon fundus dan zon pilorus berkelenjar. Contoh perut berkelenjar adalah yang terdapat pada perut kuda.
gipping/guttingbuang perutPerikananTiadaProses membuang bahagian perut ikan sebelum disimpan, dijual atau diproses bagi kegunaan lain. Proses membuang perut ikan sangat penting untuk menghalang ikan daripada cepat busuk disebabkan bahagian ini mengandungi mikroorganisma yang boleh mempercepat proses pembusukan.
monogastric speciesspesies monogasterVeterinarPraklinikalSpesies haiwan yang mempunyai satu perut sahaja; iaitu perut mudah. Contoh spesies monogaster ialah kucing; anjing dan kuda.
simple stomach animalhaiwan perut tunggalVeterinarTiadaHaiwan yang mempunyai satu perut untuk mencerna protein seperti yang terdapat pada ayam, babi, kuda dan arnab. Haiwan ini juga dikenali sebagai haiwan monogaster dan tidak mampu mencerna bahan-bahan berserabut tinggi di bahagian perut. Walau bagaimanapun, haiwan herbivor seperti kuda dan arnab boleh mencerna bahan berserabut tinggi di bahagian sekum dan kolon. Sinonim haiwan monogaster.
chymosinkimosinVeterinarPraklinikalSuatu enzim proteolisis yang disintesis oleh sel utama dalam perut. Enzim ini berperanan mendadih susu dalam perut untuk membantu pencernaan protein. Kimosin menukarkan susu kepada keju semipejal supaya dapat kekal lebih lama dalam perut. Rembesan kimosin paling tinggi pada anak haiwan selepas beberapa hari dilahirkan. Dalam industri tenusu; enzim ini digunakan secara meluas dalam penghasilan keju. Kimosin dikenali juga sebagai rennin.
kertas perut ayam (Kl.)kertas perut ayam (Kl.)KesenianTiadaKertas bunga untuk membuat jerabut.
12345678910...

Kembali ke atas