Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.tu.san]/[per.u.tusan] | ڤراوتوسن

Definisi : 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.tu.san]/[per.u.tusan] | ڤراوتوسن

Definisi : 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NU‘MAN IBN MUQRAN, AL-

Nu‘man ibn Muqran, al- (?–21 H./?–642 M.)

ialah salah seorang dari kalangan sahabat

Rasulullah s.a.w. yang berhijrah ke Madinah. Dia

berhijrah bersama-sama dengan tujuh orang

saudaranya. Mereka menghadirkan diri dalam

perutusan puak Muzaynah pada tahun kelima

Hijrah. Mereka ialah kumpulan pertama mengikat

janji setia dengan Rasulullah s.a.w. Al-Nu‘man turut

menyertai Perang Khandaq, Perjanjian Hudaybiyah

dan juga pembukaan Makkah.

UMUM 
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 
TAN-TAN

TAN-TAN, kerajaan awal di Nusantara.  Namanya mula-mula sekali muncul dalam catatan sumber China, Sui-shu, bersama-sama dengan 10 buah kerajaan lain, antaranya ialah Pan-pan, Chih-tu dan To-lo-mo, yang menghantar perutusan ke negeri China dari tahun 605 M. hingga tahun 616 M.  Lokasi kerajaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi.  Ada yang mengatakan ia terletak di India dan ada pula yang mengandaikan ia terletak di Pulau Natuna.  Menurut Paul Wheatly, Tan-tan terletak di salah sebuah kuala sungai selepas kuala Sungai Kelantan, iaitu kuala Sungai Besut atau Sungai Terengganu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
KESULTANAN KELANTAN

KESULTANAN KELANTAN, institusi kerajaan Kelantan. Bukti paling awal mengenai kerajaan dan Kesultanan Kelantan diperoleh daripada sumber China dan Sejarah Melayu. Menurut sumber China, pada abad ke-15, Kelantan diperintah oleh Maharaja Ku-ma-r (Kumar?) dan pada tahun 1411 baginda menghantar satu perutusan ke negeri China. Asal usul Maharaja Kumar tidak diketahui.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan

Kembali ke atas