Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.tu.san]/[per.u.tusan] | ڤراوتوسن

Definisi : 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.tu.san]/[per.u.tusan] | ڤراوتوسن

Definisi : 1 kumpulan wakil; orang-orang yg diutus; delegasi. 2 berita dll yg diutus. 3 ucapan orang-orang besar pd hari-hari yg penting; pesanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bercenaga, *bechenaga* Ib, Khupacara ramalan yang dilakukan oleh manang atau lemambang untuk menentukan baik buruknya sesuatu alamat yang dibawa oleh burung atau melalui mimpi seseorang. Ramalan ini dilakukan dengan cara melihat pada hati khinzir yang telah disembelih, bentuk urat pada hati khinzir itulah yang menentukan nasib sesiapa yang berkenaan itu. Upacara ini biasanya untuk tujuan meramalkan kejayaan seseorang.“Lain kali,” nasihat Dayang Manis Muka, “kalau awak mengadakan upacara bercenaga, awak boleh menggunakan hati anak babi untuk melihat perutusan dewa-dewa sama ada untuk melihat keadaan kesihatan atau untuk melihat nasib.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas