Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perwakilan datadata representationData yang ditunjukkan dalam bentuk grafik.Sekolah Rendah
piktogrampictogramPerwakilan data statistik yang menggunakan gambar atau simbol untuk mewakili kuantiti yang spesifik. Lihat ContohMenengah Atas
grafgraphPerwakilan data dalam bentuk gambar rajah yang digunakan untuk memaparkan sesuatu maklumat.Menengah Atas
piktografpictographPerwakilan data dengan menggunakan gambar. Lihat ContohMenengah Rendah
carta palangbar chartPerwakilan data statistik yang menggunakan bentuk jalur yang sama lebar dan berjarak sama antara satu sama lain secara menegak atau mendatar. Lihat rajahMenengah Atas
carta paipie chartPerwakilan data statistik yang menggunakan sektor bulatan yang nilai-nilainya diwakili mengikut sudut sektor. Lihat rajahMenengah Atas
kecenderungan memusatcentral tendencySukatan perwakilan bagi sekumpulan data yang ditunjukkan oleh satu nilai tertentu sama ada min, median, atau mod.Menengah Rendah

Kembali ke atas