Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perwakilan diplomatik dan konsolerTintamasTiada1952 
Perwakilan depattemen pendidikan dan kebudayaan propinsi daerah Ist. Atjeh Tiada1970 
Perwakilan Sidang Pakar MABBIM Ke-14Dewan Bahasa dan PustakaTiada2000 
Perwakilan Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Propinsi Daerah 1st Tiada0000 
Perwakilan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dengan Timbalan KetuaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Lawatan Perwakilan Russia ke DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada1978 
Persidangan perwakilan penubuhan majlis perunding kebangsaan pihak pekerjaDewan Bahasa dan PustakaTiada1973 
Mesyuarat Perwakilan Koperasi DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Rakyat MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Sidang Perwakilan Umno 1987Radio Televisyen MalaysiaTiada1987 
123

Kembali ke atas