Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN PERWAKILAN

Dewan Perwakilan ialah salah satu daripada

dua badan penggubal undang-undang bagi

kebanyakan perundangan. Dewan perundangan

yang lagi satu dikenali sebagai dewan senat

atau dewan pertuanan, dan dewan perwakilan

adalah yang terbesar antara dua dewan tersebut.

UMUM 
PERWAKILAN BERKADAR

Perwakilan berkadar ialah satu sistem

memilih anggota dewan perundangan. Sistem ini

dirangka untuk memberi parti politik dalam dewan

perundangan kerusi menurut kadar bahagiannya

daripada jumlah keseluruhan undi dalam

pemilihan. Sistem ini juga menawarkan peluang

kepada calon parti minoriti supaya dapat dipilih.

Perwakilan berkadar mempunyai tiga ciri asas:

(1) tiga orang atau lebih ahli dewan perundangan

dipilih dari tiap-tiap daerah pada waktu yang sama;

(2) kertas undi dikira dengan cara khas untuk

memberikan setiap parti politik bahagian undi

yang dibuang; dan (3) biasanya terdapat lebih

daripada dua buah parti politik yang aktif. Unsur-

unsur ini terdapat dalam Sistem Senarai dan

Sistem Hare .

UMUM 
PERWAKILAN DIPLOMATIK

Perwakilan diplomatik ialah misi diplomatik

dari sebuah negara ke sebuah negara lain yang

diketuai oleh seorang menteri.

UMUM 
PERSIDANGAN LOCARNO

Persidangan Locarno, menghasilkan Pakatan

Keselamatan Rhineland dan enam perjanjian lain.

Pada bulan Oktober 1925, perwakilan daripada tujuh

buah negara Eropah bertemu di Locarno, Switzerland

untuk membincangkan rancangan mengekalkan

keamanan di Eropah. Belgium, Czechoslovakia,

Perancis, Jerman, Britain, Itali dan Poland menghantar

wakil ke persidangan tersebut. Masalah yang paling

penting dalam persidangan ini adalah untuk mencari

penyelesaian antara Perancis dengan Jerman. Selepas

Perang Dunia I, pertama kali persidangan itu

menerima Jerman sebagai sebuah negara sahabat.

Apabila persidangan ini tamat pada 16 Oktober 1925,

para perwakilan bersetuju menandatangani tujuh

perjanjian.

UMUM 
DEWAN BURGESS

Dewan Burgess ialah sebuah badan perwakilan

perundangan yang pertama di Amerika dan mana-mana

tanah di jajahan Inggeris. Ia bersidang buat

kali pertamanya di Jamestown, dahulunya ibu

negeri Virginia, pada 30 Julai 1619. Gabenor Sir

George Yeardley mengadakan mesyuarat tersebut,

dan disertai oleh dua warganegara atau burgess

dari setiap 11 borough (subbahagian) Virginia.

UMUM 
PERSIDANGAN PAN-AMERIKA

Persidangan Pan-Amerika ialah pertemuan

perwakilan daripada negara Amerika Utara, Amerika

Tengah dan Amerika Selatan. Pertemuan ini juga

dikenali sebagai Persidangan Antara-Amerika . Dalam

persidangan ini, negara-negara di benua Amerika

akan berusaha mewujudkan hubungan yang baik

sesama mereka.

UMUM 
MITRA, RAMON V.

Mitra, Ramon V. (1929– ), pemimpin politik

Filipina. Dia menjadi speaker Dewan Perwakilan

Filipina pada tahun 1987. Mitra terkenal kerana

menentang kerajaan pimpinan Ferdinand Marcos.

Dia menyokong Corazon Aquino dalam pilihan

raya presiden pada tahun 1986. Selepas Corazon

memenangi pilihan raya itu, dia menjadi setiausaha

pertanian.

UMUM 
KONGRES BENUA

Kongres Benua ialah persidangan para

perwakilan Koloni Amerika yang bertemu buat

kali pertamanya di Philadelphia, Pennsylvania,

pada 5 September 1774.

UMUM 
ESTET JENERAL

Estet Jeneral juga dikenali sebagai States-

General ialah dewan perwakilan Perancis dari

tahun 1302 hingga tahun 1789.

UMUM 
O'MALLEY, KING

O’Malley, King (1854–1953) ialah ahli Parti

Buruh Australia, berkhidmat dalam Dewan

Perwakilan sejak tahun 1906 hingga tahun 1917.

UMUM 
123

Kembali ke atas