Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
tool; Br. alat pengesahsahihan; Id. perkakas pengesahan) 1. Mekanisme dalam sistem komputer yang digunakan untuk memastikan identiti individu atau keaslian sesuatu data atau mesej. Pengesahan biasanya dilakukan berdasarkan suatu maklumat perwakilan identiti seperti pasangan ID pengguna dan kata laluan. 2. Peranti fizikal yang digunakan untuk memastikan identiti individu. Pengesahan biasanya dilakukan dengan menggunakan token keselamatan seperti kad jalur magnet atau ciri dan rongga manusia yang berbeza. Nada suara yang dihasilkan boleh diwakilkan dalam bentuk formula matematik. Cap suara merupakan gabungan sampel rakaman nada suara, bentuk formula matematik yang dihasilkan dan juga perwakilan Fourier. Cap suara biasanya digunakan sebagai asas perbandingan dalam sistem biometri. capaian baca (Ig. read access; Br. capaian baca; Id. akses baca) Tahap kebenaran yang membolehkan seseorang pengguna atau atur

Kembali ke atas