Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
analgesia (analgesia) Keadaan apabila kesakitan dapat dilalikan oleh dadah tanpa hilangnya kese- daran. Contohnya, analgesia epidura. (UBAT) analgesic (analgesik) Agen yang dapat melalikan rasa sakit. (UBAT) analog data (data analog) Perwakilan maklumat dalam bentuk fizikal yang perwakilannya mempunyai kaitan yang sama dengan maklumat asal. (KOM) anaerobic analog data Kamus Sains.indb 59 7/8/08 11:45:59 AM 60 analog 7/8/08 11:46:49 AM 132 sungai dan menghalang aliran atau pelayaran. (HID) bar chart (carta bar/carta palang) 1. Carta yang memaparkan data dalam bentuk palang. 2. Perwakilan data dengan menggunakan jalur mencancang dan mengufuk. Lebar jalur adalah sama, tetapi tinggi atau panjang tiap-tiap jalur itu berkadaran langsung dengan nilai yang diwakilinya. Sinonim bar graph, column graph

Kembali ke atas