Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1. segala sesuatu mengenai wakil, perihal wakil-mewakili: soal ~ pelajar utk duduk bersama dlm parlimen telah dibincangkan dlm mesyuarat itu; 2. beberapa orang utusan (pemerintah dll), perutusan: menteri itu telah mengetuai satu ~ seramai lima orang utk menghadiri persidangan Pembangunan Ekonomi Asia Tenggara; 3. para wakil, majlis wakil-wakil, tempat wakil­wakil: dewan (majlis) ~ rakyat; 4. wakil (pejabat yg mewakili) sesebuah negara sebelum ada duta: ia berhak mendapat perlindungan apabila berada di luar negeri menerusi dutaduta atau ~ negerinya di negeri itu; 5. wakil (pejabat yg mewakili) perdagangan: majalah ini dapat dibeli melalui ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.wa.ki.lan] | ڤرواکيلن

Definisi : 1 segala sesuatu mengenai wakil; perihal wakil. 2 beberapa orang utusan (bagi pihak kerajaan, syarikat dll); perutusan: Kerajaan Malaysia telah menghantar satu ~ perdagangan ke Beijing. 3 pejabat yg mewakili sesebuah negara sebelum ada duta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakil (kata nama)
1. Bersinonim dengan utusan
( orang tengah, ejen, wasitah, pengantara, badal, telangkai, )

2. Bersinonim dengan pengganti: sulih, pemangku, naib, penolong, timbalan,

Kata Terbitan : mewakilkan, mewakili, perwakilan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virtual representationperwakilan mayaSains PolitikHubungan AntarabangsaKeadaan apabila seseorang boleh diwakili oleh seseorang dalam sesuatu proses membuat keputusan, walaupun tidak berupaya mengundi bagi pihak yang membuat keputusan berkenaan. Idea perwakilan ini kadangkala dianggap tidak demokratik. Walau bagaimanapun, masyarakat menerima perwakilan jenis ini bagi perwakilan kanak-kanak yang belum layak dan tidak mempunyai hak mengundi.
codekodTeknologi MaklumatTiada1. Set peraturan yang memberikan panduan tentang cara data diwakili. 2. Peraturan menukarkan data dari atau perwakilan ke perwakilan lain. 3. Menulis atur cara atau rutin.
Schroedinger representationperwakilan SchroedingerFizikMekanik KuantumPerwakilan yang fungsi keadaannya adalah merupakan fungsi eigen bagi pengoperasi kedudukan. Sinonim perwakilan kedudukan.
hybrid computerkomputer hibridKomputerTiadaKomputer untuk pemprosesan yang menggunakan perwakilan data analog dan perwakilan digital.
hybrid computerkomputer hibridMatematikTiadaKomputer untuk pemprosesan yang menggunakan perwakilan data analog dan perwakilan digital.
hybrid computerkomputer hibridKejuruteraanTiadaKomputer untuk pemprosesan yang menggunakan perwakilan data analog dan perwakilan digital.
restructuringpenstrukturan semulaTeknologi MaklumatPerisianProses kejuruteraan yang menukarkan suatu sistem daripada bentuk perwakilan kepada bentuk perwakilan lain yang secara relatifnya sama peringkat dengan pengabstrakan. Pada masa yang sama, proses ini mengekalkan tingkah laku kefungsian luaran sistem.
representative governmentkerajaan perwakilanPentadbiranPentadbiran Awam

Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan. Kerajaan ini perlu peka kepada kehendak orang ramai kerana ia boleh dijatuhkan melalui undi tidak percaya wakil-wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia.

binary datadata perduaanTeknologi MaklumatPerisianData yang terdiri daripada angka 0 dan 1. Kesemua penukaran angka daripada pelbagai angka dasar, perwakilan arahan dan perwakilan imej boleh diwakilkan dalam bentuk data perduaan.
analogical representationperwakilan analogTeknologi MaklumatTiadaPerwakilan yang tidak mempunyai nilai diskrit tetapi berubah secara selanjar.
12345678910...

Kembali ke atas