Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.saing] | ڤساءيڠ

Definisi : orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin minta pengesahan dari pihak DBP jika "direct competitors" sesuai diterjemahkan kepada "pesaing langsung" atau "pesaing terus"? Frasa digunakan dalam bidang undang-undang. Contoh ayat: This company is one of our direct competitors. Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "direct competitor" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "direct labour" yang padanan bahasa Melayunya ialah pekerja langsung. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah "pesaing langsung".Makna25.11.2018
Salam DBP Saya ingin bertanya maksud "COOPETITION" di dalam bahasa Melayu. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah coopetition ialah kerjasama pesaing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.03.2023
Apakah istilah yang paling sesuai untuk "Category killer"? Untuk makluman, "Category killer" merujuk kepada peniaga atau perniagaan yang menguasai dan mendominasi sepenuhnya dalam satu kategori produk tertentu. Mereka menawarkan pelbagai jenis produk dalam kategori tersebut dengan harga yang kompetitif dan kualiti yang tinggi, sehingga mengurangkan kemampuan pesaing lain untuk bersaing secara efektif.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah category killer ialah penguasa kategori. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah21.05.2023

Kembali ke atas