Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.saing] | ڤساءيڠ

Definisi : orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
saing2 (kata nama)
Bersinonim dengan banding, imbang, tanding, tolok, gandingan, tara padanan, lawan;,
Kata Terbitan : sesaing, bersaing, bersaingan, menyaingi, saingan, persaingan, pesaing,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kinked demandpermintaan terpatahEkonomiTiadaPermintaan yang tidak bersambungan bagi firma oligopoli kerana pesaing-pesaing akan bertindak mengikuti harganya jika turun dan tidak apabila harganya naik.
penetration pricingpenentuan harga penembusanEkonomiTiadaMengenakan harga yang rendah dalam pasaran berbanding dengan pesaing-pesaing lain dengan tujuan memperkenalkan keluaran yang baru kepada bakal pelanggan dan menawan sebahagian daripada pasaran yang ada.
Hamburg edgingstrimin HamburgKesenianTiadaJenama utama trimin bersulam buatan Switzerland dan dieksport ke Amerika Syarikat melalui Hamburg, Jerman pada pertengahan abad ke-19. Untuk merahsiakan tempat asal pengeluaran trimin ini daripada pesaing-pesaing, maka nama trimin Hamburg digunakan sempena nama bandar Hamburg.
competitor analysisanalisis pesaingPentadbiranTiadaMengenal pasti pesaing utama dengan menilai objektif, strategi, kekuatan dan kelemahan pesaing.
predatory pricingpenentuan harga pemangsaPentadbiranTiadaStrategi menetapkan harga yang amat rendah bagi sesuatu keluaran bertujuan untuk menanggalkan perniagaan pesaing atau menyingkirkan pesaing daripada pasaran.
competitorpesaing; petanding; pesertaSejarahTiadaPesaing: Individu atau syarikat yang berlawan di antara satu sama lain untuk mencapai kemenangan dalam suatu matlamat.
competitor-centered companysyarikat asas pesaingPentadbiranTiadaSyarikat yang bertindak mengikut tindakan dan reaksi pesaing.
vertical foreclosurepenutupan tegakEkonomiTiadaHalangan yang dilakukan oleh sebuah firma terhadap pesaing-pesaingnya dalam pasaran dengan cara memiliki atau mengawal firma yang menjadi pembeli keluaran pesaing-pesaingnya.
defensive strategystrategi bertahanPengurusanPerancanganPendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sebagai tindak balas untuk melindungi kedudukan perniagaan berikutan tindakan atau ancaman pesaing. Strategi bertahan boleh dilakukan dengan cara menghalang langkah-langkah pihak lawan atau menyerang balas tindakan pesaing. Contohnya, strategi bertahan yang dilakukan oleh syarikat X berikutan promosi agresif oleh syarikat pesaing Y atau sebaliknya.
horizontal integrationintegrasi mendatarPengurusanPerancanganStrategi integrasi melalui aktiviti pengambilalihan atau penyatuan satu atau lebih organisasi pesaing dalam industri yang sama. Aktiviti pengambilalihan atau penyatuan tersebut akan mengurangkan bilangan pesaing serta boleh membawa kepada penerokaan pasaran baharu. Contohnya, sebuah bank mengambil alih pemilikan sebuah bank lain, yang juga merupakan pesaingnya di pasaran. Lihat juga strategi integrasi, pengambilalihan, penyatuan, integrasi menegak.
12345678

Kembali ke atas