Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit, si sakit; ~ dalam pesakit yg dimasukkan ke dlm wad utk menjalani rawatan penyakitnya; ~ luar pesakit yg hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dlm wad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.kit] | ڤساکيت

Definisi : orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clinicklinikPentadbiran PerniagaanTiada1. Bangunan atau jabatan hospital yang memberikan rawatan penyakit-penyakit tertentu atau rawatan perubatan untuk pesakit-pesakit.,2. Pertemuan pengajar-pengajar, penuntut-penuntut dan pesakit-pesakit, biasanya dalam wad hospital untuk pemeriksaan dan rawatan pesakit-pesakit.
placeboplaseboPerubatanTiadaBahan tidak aktif yang diberi kepada pesakit-pesakit tertentu yang telah dipilih secara rawak daripada satu kumpulan untuk dibandingkan dengan kesan ubat yang baru didapati yang diberi kepada pesakit-pesakit lain.
barrier nursingperawatan sekatan/rawatan sekatanPerubatanTiadaKaedah pencegahan tersebarnya jangkitan dari seorang pesakit ke pesakit-pesakit lain di dalam wad terbuka.
American Society of Anaesthesiologists ClassificationKlasifikasi Persatuan Anestesiologi AmerikaPerubatanTiadaSistem klasifikasi fizikal pesakit sebelum pembiusan. Sistem ini mengkategorikan pesakit mengikut tahap kesihatan, iaitu Kelas I hingga V. Pesakit Kelas I ialah pesakit yang sihat, manakala pesakit Kelas II ialah penghidap penyakit yang terkawal seperti asma, kencing manis dan hipertensi. Pesakit Kelas III pula merupakan penghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa semasa pembiusan dan pembedahan. Pesakit Kelas IV merupakan pesakit tenat yang mengancam nyawa. Pesakit Kelas V ialah pesakit yang nazak dan boleh mati dengan atau tanpa pembedahan. Huruf ‘E’ akan ditambah selepas Kelas I hingga V sekiranya pesakit menjalani pembedahan kecemasan. Contohnya, ASA IV-E bermakna pesakit menghidap penyakit tenat yang mengancam nyawa dan akan menjalani pembedahan kecemasan.
cross-infectioninfeksi silangPerubatanTiadaJangkitan kuman daripada seorang pesakit kepada pesakit yang lain. Jangkitan ini boleh berlaku melalui udara, titisan, peralatan, sentuhan antara pesakit dengan perawat, dan antara perawat dengan pesakit yang lain. Jangkitan ini sering berlaku di unit rawatan rapi.
patient databasepangkalan data pesakitPerubatanTiadaSemua maklumat pesakit yang dikumpul dan dicatat dalam rekod kesihatan pesakit sebagai data asas pesakit untuk perancangan jagaan.
outpatient serviceperkhidmatan pesakit luarKejururawatanTiadaRawatan yang diberi kepada pesakit yang tidak memerlukan pesakit bermalam di wad. Contohnya, pembedahan kecil atau pemeriksaan yang dijalankan di klinik atau di pusat kesihatan harian.
hospitalizationhospitalisasiPsikologiPsikologi UmumKemasukan pesakit ke tempat atau persekitaran kemoterapi atau farmakoterapi. Tindakan ini boleh membantu pesakit meninggalkan persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Hospital berfungsi memberi perlindungan kepada pesakit dari segi rawatan, menjalankan diagnosis, bantuan nasihat psikologi dan sebagainya supaya pesakit sentiasa berasa selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua hospital atau persekitarannya berada dalam keadaan sempurna sehingga pesakit merasakan keadaan hospital adalah lebih teruk daripada tempat kediaman mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk pergi ke hospital malah boleh menjadi trauma apabila memikirkan pengalaman buruk yang dihadapi. Pesakit mental yang pernah menjalani rawatan di hospital dalam keadaan sedemikian juga boleh berasa serik untuk ke hospital. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pesakit tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka yang keberatan untuk membawa anak mereka mengulangi rawatan di hospital tersebut.
pediwrappediwrapPerubatanTiadaRadas yang digunakan untuk mengawal pergerakan anggota pesakit, terutama pesakit cacat.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
12345678910...

Kembali ke atas