Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1. alat perkakas, jentera, mesin: banyak ~ moden digunakan utk membuat kerja itu; ilmu ~ ilmu mengenai alat jentera (mesin); 2. alat (tali, rantai, bahagian jentera, dsb) yg menggerakkan jentera dsb: jarum alat ini digerakkan oleh ~ tertentu; tali ~ tali utk menggerakkan jentera atau roda; 3. = ~ terbang = ~ udara kapal terbang: ~ PIA; ~ asap (wap) mesin yg dijalankan dgn tenaga wap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk berlatih dsb); ~ jet kapal terbang jet (digerak-kan dgn semburan gas yg terbakar, tidak dgn kipas); ~ peluncur sj kapal terbang yg tidak bermotor (berjentera); ~ pengebom (pem-buang bom, pelempar bom) Id kapal terbang yg digunakan utk menggugurkan bom; ~ pemburu kapal terbang yg dapat bergerak deras (digunakan utk mengejar kapal terbang musuh dll); ~ penempur kapal terbang utk bertempur; ~ pengintai kapal terbang utk mengintai di sesuatu kawasan dll; ~ radio radio (alat) utk menerima siaran radio; ~ telefon alat utk berhubung dgn telefon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : ®sawat II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 segala jenis alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; mesin; jentera: Air tidak dpt dipam naik kerana ~nya rosak. 2 alat (bahagian dlm jentera dsb) yg menggerakkan atau yg menjalankan jentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.sa.wat] | ڤساوت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk mendapatkan tenaga; alat yg menggerakkan jentera; sawat. 2 = ~ terbang (udara) kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesawat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
onboard wifi - wifi di dalam pesawat / wifi dalam pesawat?Padanan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah “wifi di dalam pesawat”.Penyemakan dan penterjemahan20.04.2017
Apakah istilah Bahasa Malaysia yang betul untuk "aircraft fan case". Adakah ia selongsong kipas pesawat atau kelongsong kipas pesawat?Kami mencadangkan "aircraft fan case" diterjemahkan sebagai "selongsong kipas pesawat"
Penyemakan dan penterjemahan23.07.2020
Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak di dalam pesawat. Betulkan penggunaan perkataan "di dalam pesawat" itu? Atau ke dalam pesawat? Yang mana satukah ayat yang lebih tepat? Mohon pencerahan daripada pihak DBP? Terima kasih.Frasa ke dalam lebih sesuai digunakan untuk frasa nama yang menunjukkan pergerakan kepadanya. Oleh itu, ayat yang sesuai ialah Pramugari itu meletakkan pelbagai cenderamata di atas troli lalu ditolak ke dalam pesawatTatabahasa30.10.2020
adakah terjemahan berikut boleh digunakan (dalam konteks pelancongan): microlight flight - pesawat ringanUntuk makluman tidak ada istilah "microlight flight" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun terdapat istilah "microlight aircraft" dan padanan bahasa Melayunya ialah pesawat udara mikroringan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pesawat mikroringan.Istilah02.03.2017
Ayat mana yang betul 1. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat. ATAU 2. Kontrak dengan syarikat ini perlu diwujudkan untuk mendukung kesiapsiagaan pesawat.Kedua-dua ayat yang diberikan sama.Lain-lain26.05.2010
Apakah kesalahan istilah dan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut: 1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo di hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.1. Hanya dua buah pesawat sahaja yang akan bertolak ke Tokyo pada hari ini setelah ditunda selama dua hari ekoran rusuhan di Lapangan Terbang Bangkok.Lain-lain29.10.2009
Apakah perkataan yang ssesuai untuk nama Livery bagi bahasa melayu yang merujuk reka bentuk papada badan pesawat.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "livery" bermaksud pakaian seragam khas. Tiada padanan perkataan bahasa Melayu untuk "livery" yang merujuk kepada reka bentuk badan pesawat.

Istilah02.07.2019
Apakah terjemahan bagi 'airbus'? Kamus Dwibahasa DPB memberi 'bas udara'. Satu lagi terjemahan yg saya dapati (bukan DBP) ialah 'pesawat udara yg besar'. Harap mendapat nasihat.Istilah airbus dalam bidang pengangkutan membawa dua maksud, 1. Bas yang khusus untuk membawa penumpang dari lapangan terbang terus ke pusat bandar, 2. Pesawat yang dibuat di Airbus Industrie, Paris, contohnya AB600. Bas udara yang saudara maksudkan ialah padanan "air-bus" dalam bahasa Melayu.Istilah11.03.2009
Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukkan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan pertunjukkan. Adakah ejaannya hanya perlu satu huruf k atau dua huruf k? Mohon penjelasan. Terima kasih

Orang ramai berasa sungguh kagum melihat pertunjukan pesawat pejuang semasa sambutan Hari Kebangsaan itu. Ejaannya hanya satu huruf k sahaja. Perkataan pertunjukan terhasil daripada imbuhan apitan per-...-an iaitu PER+TUNJUK+AN.

Tatabahasa12.05.2020
1) Dari segi atau daripada segi? 2) Apa beza penggunaan depan dan hadapan? 3) Apa beza pesawat dan kapal terbang?

1)    1.  Frasa yang betul ialah “dari segi”
2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, “depan” dan “hadapan” mempunyai maksud yang sama. Contoh frasa, “tahun depan” dan “tahun hadapan.”
3. Berdasarkan Kamus Dewan  Perdana “ kapal terbang” dan “pesawat” membawa maksud yang sama iaitu kapal berjentera yang boleh terbang di udara, mempunyai sayap dan biasanya digunakan untuk membawa penumpang dan lain-lain. Namun begitu, terdapat makna-makna lain yang berkaitan dengan “pesawat”. Tuan boleh merujuk halaman 1975 dalam Kamus Dewan Pedana, terbitan DBP.

Tatabahasa17.11.2022
123

Kembali ke atas