Pesilat haruslah mempunyai _________ yang kuat. A. kekuda B. tetulang | Jawapannya: Pesilat haruslah mempunyai kekuda yang kuat. | Makna | 07.09.2009 |
Assalamualaikum, Mengapakah apabila satu perkataan menpadat imbuhan "pe-" seperti pesakit, pesilat, peserta tidak mengalami perubahan seperi penyair (pe- + syair)? Terima kasih didahulukan | Menurut tatacara pembentukan kata terbitan yang kata dasarnya bermula dengan deretan huruf sy, imbuhan yang terlibat antaranya men-, men--kan, pen-, dan peN--kan untuk membentuk kata seperti mensyampu, mensyaratkan, pensyarah, dan persyarikatan. Namun, kata penyair dan kepenyairan ialah kekecualian dalam pembentukan kata bahasa Melayu. | Lain-lain | 08.12.2016 |
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda. | Makna | 01.12.2021 |
Salam sejahtera, kita sedia maklum bahawa awal Pe apabila bergabung dengan kata dasar s akan berubah menjadi sy seperti penyelam. Namun, mengapakah terdapat kata seperti pesilat dan pesawah? Sekian, terima kasih. | Bukan semua kata dasar yang bermula dengan huruf s akan luluh huruf pertamanya dan digantikan dengan bentuk sengau, iaitu ny apabila menerima awalan pe-. Dalam perkataan pesilat dan pesawah, huruf s tidak akan luluh apabila bergabung dengan awalan pe- kerana imbuhan yang digandingkan pada kata dasar tersebut tidak melibatkan apa-apa perubahan pada bunyi awal kata dasar dan dari aspek makna kata dasar itu sendiri. | Sastera | 15.04.2021 |
Soalan.Adakah ayat betul dari segi penggunaan kata sendi .kalau salah boleh tolong betulkan. 1.Kemalangan itu berlaku di waktu malam. 2.kayu ini mampu menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus. 3.Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri dari masalah seksual. penggunaan kata pemeri ialah dan adalah. 1.Pokok Semunggal adalah sejenis pokok rendang yang lembut | Penggunaan kata sendi nama dan kata pemeri yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Kemalangan itu berlaku pada waktu malam. 2. Kayu ini mampu menghindarkan diri daripada gangguan makhluk halus. 3. Seseorang pesilat dapat menghindarkan diri daripada masalah seksual. 4. Pokok Semunggal ialah sejenis pokok rendang yang lembut | Tatabahasa | 30.04.2012 |