Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Rasulullah, utusan Allah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg dilantik oleh Allah utk menyampaikan se­ruan-­­Nya; Ra­­sulul­lah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suruh
Kata Terbitan : bersuruh-suruhan, menyuruh, suruhan, pesuruh,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "rasul" dan "nabi"? Adakah nabi dan rasul ini kata nama khas?

RASUL

Utusan atau pesuruh Allah yang telah menerima syariat untuk disampaikan kepada umatnya. Rasul juga merupakan utusan atau pesuruh Allah yang dipilih-Nya untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain

 

NABI

Orang yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain.

Perkataan "rasul" dieja dengan huruf kecil (Kamus Dewan Edisi Keempat), kecuali "Rasulullah" yang dieja menggunakan huruf besar bagi "R".

Perkataan “nabi” dieja dengan huruf kecil kecuali jika ia diikuti dengan nama-nama nabi tersebut, perlu dieja dengan huruf besar bagi "N". Contoh: Nabi Yaakub, Nabi Syu'ib, Nabi Sulaiman, Nabi Saleh, Nabi Ayub (sila rujuk Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua dari muka surat 1878 dan 1879 untuk ejaan yang betul bagi 25 nama nabi)

Lain-lain14.10.2021
Cikgu, Masalah awalan "pe" dengan "per". 1. "peletakan Hajar Aswad" atau "perletakan Hajar Aswad"? 2. "pesuruh Allah" atau "persuruh Allah"? Minta cikgu beritahu saya halaman yang boleh saya rujuk berkenaan dengan masalah ini dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Terima kasih :)Lazimnya daripada kata terbitan dengan awalan me- dapat menerbitkan kata dengan apitan pe-...-an dan kata terbitan dengan awalan ber- dapat menerbitkan kata dengan apitan per-...-an, seperti meletak - peletakan dan berjalan - perjalanan. Pesuruh ialah kata nama dengan awalan pe- yang merujuk orang atau pelaku, bentuk kata ini tidak boleh menerima per-. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk pembentukan kata nama dan pembentukan kata kerja.Tatabahasa06.05.2014
Guru besar menyeru murid-murid agar menjaga kebersihan sekolah. Pilih perkataan seerti bagi menyeru. A. mengajak B. merayu C. mencegah D. menyuruhPerkataan yang paling hampir ialah menyuruh. Kamus Pelajar mentakrifkan menyeru sebagai meminta supaya; menyuruh: Pesuruh Allah ~ manusia taat kepada Allah.Tatabahasa22.01.2013
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan-

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan.

Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya.

Lain-lain13.05.2009

Kembali ke atas