Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu selepas tengah hari (mulai dr matahari turun hingga matahari masuk), sore, lwn pagi: matahari terbit lebih kurang pd pukul 6 pagi dan masuk lebih kurang pd pukul 6 ~; hari sudah ~; ~ esok waktu petang pd hari esoknya; ~ semalam waktu petang pd hari semalam; besok ~ a) petang esok; b) = besok ~nya petang yg berikutnya; ~ Sabtu malam Ahad Sabtu malamnya sebelum Ahad; sepetang-petangan selama (seluruh) waktu petang, sepetang suntuk; memetang-metangkan; ~ hari Mn mem­buang-buang masa dgn berbual-bual dll; kepetangan mengalami (menempuh) petang, kena petang; pemetang-metangkan; ~ hari Mn perin­tang-perintang masa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : ; kepetangan 1. sl sj mata-mata: sembah ~ itu, “Apa daya kula menyendal dia kerana Melayu ini berkeris di hadapan?”; 2. pandai membuat helah (tipu muslihat), cerdik, licik: perajurit yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tang] | ڤتڠ

Definisi : waktu siang sesudah tengah hari hingga matahari terbenam (antara pukul 2.00 hingga pukul 6.59 petang); sore. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
petang (kata nama)
Bersinonim dengan sore, matahari turun;,
Kata Terbitan : sepetangan, sepetang-petangan,

Puisi
 

Petang-petang menjolok manggis,
     Manggis jatuh pecah empat;
Petang-petang tunduk menangis,
     Macam burung mencari tempat.


Lihat selanjutnya...(81)
Peribahasa

Seperti ayam makan rumput.

Bermaksud :

Hidup melarat: kerja pagi-pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah kita hendak menentukan perbezaan penggunaan tengah hari dengan petang, dan petang dengan malam? Contoh : 1 tengah hari atau 1 petang? 7 petang atau 7 malam?

Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut:

1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi

12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari

2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang

7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam

12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam

Tatabahasa28.04.2010
Assalamualaikum / Salam sejahtera, Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat bagi aturan di bawah bagi dokumen rasmi kerajaan- (a) Jam 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Jam 3.00 petang hingga 4.30 petang; atau (c) Jam 3.00 - 4.30 petang; atau (d) Jam 3.00 petang - 4.30 petang. Sekian, terima kasih. Siddiq BLPKKWaalaikumsalam,
Kedua-dua aturan masa di bawah ini boleh digunakan;
1. (a) Pukul 3.00 hingga 4.30 petang; atau (b) Pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang;
Ejaan03.09.2018
Penggunaan manakah yang betul,esok petang atau petang esokPenggunaan yang paling tepat ialah petang esokTatabahasa03.08.2018
Selamat petang, saya nak tanya hingga ke betul tak? atau hingga sahaja? Contoh: 'dari pukul 3.00 petang hingga ke pukul 5.00 petang' betul atau 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang' betul?Ayat yang betul penggunaan kata sendi namanya ialah 'dari pukul 3.00 petang hingga pukul 5.00 petang'. Kata sendi nama 'ke' tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Kata sendi nama 'ke' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa25.04.2007
Adakah wujud sebarang peraturan dalam menulis frasa nama yang menyatakan masa? Misalnya: 1. "pada Jumaat petang" atau "pada petang Jumaat"? 2. ataupun "pada waktu petang hari Jumaat"?Frasa yang betul ialah "pada petang Jumaat" kerana kata sendi nama pada lazimnya digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, sama seperti pada hari Jumaat.Tatabahasa02.04.2012
Selamat sejahtera. Waktu yang mana adalah betul? Jam1800 / Jam1900 = 6.00 petang / 7.00 petang ATAU = 6.00 malam / 7.00 malam ATAU = 6.00 petang / 7.00 malamPenggalan waktu yang betul adalah seperti yang berikut: 12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi.Tatabahasa22.07.2013
Soalan : Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi. (i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. (b) Pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. (c) Di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu. (ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi.A. Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek.

Ayat tersebut tidak gramtis. Ayat yang betul: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi.

(i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. - Pendepanan seluruh predikat
(b) Pada petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)
(c) Di ruang tamu pada petang tadi bapa melayan tetamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)

Ketiga-tiganya betul.
 

B. Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

(ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. - Betul 
(e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  
(f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "terlayan" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  

Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.
Tatabahasa25.10.2015
Bagaimanakah mahu menulis waktu dan jam? Contohnya, 3.25 petang ataupun 3:25 petang. Mana satukah yang betul?DBP menggunakan satu titik iaitu "3.25 petang" untuk merujuk kepada waktu dan masa.Lain-lain08.12.2015
yang manakah yang betul? .....dari pagi hingga ke petang. / ..... dari pagi hingga petang. Betulkah sekiranya kata hubung dan kata sendi diletakkan berturutan?Yang betul ialah dari pagi hingga petang.Tatabahasa29.01.2009
Bagaimanakah cara menulis waktu dengan betul? Contoh : 6:00 petang atau 6.00 petang Persoalan di atas merujuk kepada penggunaan titik, sama ada 'titik bertindih' atau pun 'titik' sahaja. Terima kasih.
Cara yang betul ialah 6.00 petang
Lain-lain01.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas