Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata petender


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna perkataan penender, petender dan pentender. Dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 menggunakan perkataan Petender - merujuk kpd pembekal @ syarikat. Adakah perkataan Petender ini betul penggunaannyaPetender ialah orang (syarikat dsb) yang mendapat tender, penender ialah orang (pihak dsb) yang membuat atau memberi tender, manakala kata pentender tidak ada dalam bahasa Melayu. Merujuk makna dalam kamus, kata petender yang digunakan dalam Surat Pekeliling tersebut adalah betul.Tatabahasa02.09.2010
Definisi petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bagaimana pula dengan orang yang memasuki sebutharga. Adakah dipanggil pesebutharga? Ini kerana tender ialah perolehan yang melebihi RM500,000 hingga 100 juta. Manakala sebutharga ialah perolehan dari RM1 hingga RM499,000.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud sebut harga ialah anggaran kos (tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan) yang diberikan kepada bakal pembeli atau bakal pelanggan. menyebut harĀ­ga menyatakan atau memberikan sebut harga bagi sesuatu barang atau perkhidmatan yg ditawarkan. Tidak ada contoh penggunaan perkataan penyebut harga dalam pangkalan data kami. Jika ingin merujuk pihak yang mengeluarkan sebut harga, boleh menggunakan perkataan orang atau syarikat yang membuat sebut harga.Makna19.04.2019
penender, petenderpenender-orang yang menawarkan tender petender-orang yang mendapat tenderMakna23.12.2008
Apakakah ada perbezaan makna diantara 'penender' dan 'petender'?Penender ialah orang/pihak yang membuat atau memberikan tender. Petender ialah orang/syarikat yang mendapat tender.Makna26.06.2007
tuan, saya ingin bertanya apakah perbezaan maksud penender dan petender. Sekian, terima kasih.Penender ialah orang (atau pihak) yang membuat atau memberi tender, manakala petender ialah orang (atau syarikat) yang mendapat tender.Makna27.03.2012
Saya ingin kepastian. Perkataan 'penender' adalah untuk individu/syarikat/pihak yang membuat atau memberi tender. Manakala 'petender' ialah pihak yang mendapat tender. Seperti yang diterangkan dalam kamus bahasa Melayu. Sebagai contoh, pihak A membuka sesuatu perkhidmatan untuk penenderan kepada banyak pihak lain untuk memberi tender (tawaran beserta harga)/menender. Adakah betul fahaman saya, pihak A ialah petender manakala pihak-pihak lain ialah penender? Hal ini kerana pihak-pihak lain menawarkan perkhidmatan dengan harga yang berbagai-bagai. Hanya pihak A yang akan menerima satu tender yang baginya adalah tawaran yang terbaik. Terima kasih.Penender ialah orang atau syarikat yang memberi atau mengeluarkan tender, petender ialah orang atau syarikat yang mendapat tender. Contohnya dalam sesatu keadaan pihak A mengeluarkan tender menguruskan kantin sekolah, setelah melalui proses tertentu pihak B mendapat hak menguruskan kantin tersebut. Dalam hal ini, A ialah penender dan B ialah petender.Makna21.03.2014
Tuan, Soalan berikutnya yang mana satu ejaan yang betul, penender atau petender. Dikemukakan untuk pengesahan pihak tuan.

Sdr, mhaikal, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Penender ialah orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender; manakala petender orang (syarikat dsb) yg mendapat tender- rujuk kamus Dewan.

Terima kasih.

Makna15.04.2009
Salam, s 1. Adakah penggunaan perkataan petender (merujuk kepada orang yang membeli tender) betul? Tolong juga jelaskan alasannya. 2. "Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk" Betulkan penggunaan ayat ini? 3. Bolehkan perkataan YBhg Dato' ditulis dengan jawatan? Contohnya Dato' Ali adalah seorang Naib Presiden. Bila kita menulis kepada Dato' Ali, bolehlah kita menulis YBhg Dato' Naib Presiden? 4. Betulkah penulisan ayat ini: "Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak Ringgit Malaysia Enam Ribu sahaja (RM6,000.00)? Alasannya? 5. Dalam pembinaan ayat yang melibatkan angka, bagaimanakah ayat itu ditulis? Empat (4) orang penjenayah atau 4 (empat) orang penjenayah? Alasannya?

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, petender ialah orang (syarikat dsb) yg mendapat tender. Oleh itu pemahaman saudara itu betul. 

2. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk adalah betul.

3. Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama gelaran bagi anugerah bintang atau pingat dan seumpamanya yang terletak di depan nama orang . Contohnya YBhg. Dato Ali, Naib Presiden Tenaga Nasional Berhad.

4. Ayat yang betul ialah Penganjuran Majlis Makan Malam itu melibatkan kos sebanyak RM6,000.00 sahaja. (Ringgit Malaysia: Enam Ribu). Ini merupakan cara penulisan yang standard.

5. Ayat yang betul ialah Empat orang penjenayah. Dalam sistem penomboran teks (ayat), angka 1- 9 perlu dieja penuh. Kekecualian hanya dalam penulisan data ataupun statistik yang menggunakan angka.  
 

Istilah14.02.2010
Manakah satu perkataan yang sesuai digunakan untuk mengambar individu tersebut adalah orang yang diterima untuk melaksanakan kerja tender??Penender atau PetenderPenender ialah orang atau pihak yang membuat atau memberi tender.Makna18.02.2008
saya ingin merujuk kepada penggunaan perkataan penender. Adakah perkataan ini bermaksud syarikat(orang) yang menyertai sesuatu tender atau bermaksud sykt(org) yang mengeluarkan/menawarkan tenderPenender ialah penender orang (pihak dan sebagainya) yang membuat atau memberi tender; manakala petender ialah orang (syarikat dan sebagainya) yang mendapat tender.Tatabahasa04.05.2010
12

Kembali ke atas