Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Siapakah yang menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan ini? Terima kasih.

Untuk makluman puan, setiap soalan yang dikemukakan dalam ruangan ini akan dijawab oleh petugas-petugas KNDBP yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. Walau bagaimanapun, jika puan mempunyai masalah-masalah tersebut, puan bolehlah mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini.  

Lain-lain05.03.2009
Puan Khatarina Tati. Hari Bertemu Pelanggan KPM di Sabah. Mengapa manuskrip lewat terbit. Petugas Azimin Daud. Ada masalah penghantaran soalan apabila menggunakan jenis komunikasi pertemuan peribadi. Mohon pantauan.Petugas telah menerangkan secara lisan dan berhemah tentang perkara tersebut dan pelanggan berpuas hati.Lain-lain24.05.2014
Apakah padanan yang sesuai bagi 'task force'?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'task force' ialah pasukan petugas. Contoh ayat, satu pasukan petugas utk mengkaji projek-projek perumahan baru di bandar raya itu.Lain-lain23.04.2010
En. Ahmad Raud, Bahagian Pendidikan Khas, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti PRPM kepada para pelajar. Mohon dimaklumkan kepada semua JPN. Dimaklumkan bahawa petugas menggunakan Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu.Sebagai makluman dan akan memaklumkan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain24.05.2014
Slm dan slmt sejahtera kpd petugas DBP. Saya ingin bertanya, sekiranya terjemahan yg tepat bg aircond adalah pendingin hawa, kenapakah "Bilik yg berhawa dingin" dan bukannya "Bilik yg berdingin hawa" utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Sekiranya menggunakan istilah penyaman udara pula, apakah istilah yg sesuai utk menerangkan keadaan bilik yg sejuk?? Adakah bilik yg nyaman, bilik yang sejuk atau adakah istilah yg lebih tepat?? TK atas kerjasama tuan.

Saudara Hatifi,

Padanan bahasa Melayu bagi air conditioner ialah penyaman udara atau alat hawa dingin. Dalam hal ini bilik yang menggunakan penyaman udara akan menjadi sejuk dan nyaman.

Istilah16.05.2010
En. Mohd Kamal, SK Pekan Kota Belut, Sabah - Hari Bertemu Pelanggan KPM di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu. Berkaitan kurangnya promosi dan publisiti produk DBP kepada para pelajar. Sementara waktu Jenis Komunikasi Pertemuan Peribadi mengalami masalah penghantaran rekod, jadfi pihak petugas menggunakan Facebook untuk sementara waktu.Petugas menerangkan maklumat tersebut secara ringkas dan padat.Lain-lain24.05.2014
Adakah kata sapaan “cik puan” sesuai untuk menyapa petugas wanita di kaunter hotel?Kata sapaan yang lebih tepat dalam kontes ini ialah puan.Istilah29.12.2009
Assalamualaikum, Saya bercadang untuk mengadakan program komunti bertajuk "Garbageman Day" untuk meraikan petugas dalam sektor pembersihan. Untuk makluman pihak tuan/puan, tajuk program ini telah diasaskan dan dilaksanakan di luar negara sejak tahun 2011. Pada pendapat pihak tuan/puan, adakah "Garbageman Day" boleh dikategorikan sebagai kata nama khas atau saya perlu menukar tajuk tersebut dalam Bahasa Melayu? Apakah cadangan pihak tuan/puan sekiranya perlu ditukar kepada Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Pihak kami mencadangkan "Garbageman Day" sebagai "Hari Pemungut Sampah" dalam bahasa Melayu.Istilah02.06.2020
Suhaiza Ibrahim Nov 26th, 4:30pm Salam...baru2 ini saya dimaklumkan oleh seorang petugas dbp bahawa dbp akan mengadakan jualan buku dbp 19hb disember nnt..saya just nak confirmkan hal ini sbb saya tak jumpa mana2 info mengenai event ini di laman web dbp.. Harap boleh tolong smile emoticon tqProgram ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir.Lain-lain26.11.2015
Encik Hussin Haji Ali JPN Terengganu Saya telah menggunakan Khidmat Nasihat DBP sekian lama. Tetapi sayang seribu kali saya petugas yang mengendalikan tidak peka dengan ejaan yang betul. Seperti contoh 1. bermaksud dieja bermajksud 2. menjadi dieja menjkadi 3. mana-mana dieja amna-mana mohon teguran untuk memartabatkan bahasa kebangsaanTerima kasih atas makluman tuan. Perkara ini telah diambil tindakan dan sistem perkhidmatan kami akan mengemas kini data dalam jangka waktu yang terdekat ini.Lain-lain10.09.2014
12345

Kembali ke atas