Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.tu.gas] | ڤتوݢس

Definisi : orang yg bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
studio addresssiar raya studioKomunikasiTiadaSistem perhubungan dalaman antara pegawai-pegawai penerbitan dengan petugas-petugas lain di bilik rakaman. Sebagai contoh, di dalam bilik kawalan penerbitan, terdapat mikrofon yang boleh digunakan oleh penerbit secara terbuka dengan petugas-petugas lain. Oleh itu, mesej daripada pegawai penerbitan boleh didengar melalui alat pembesar suara yang dipasang di dalam studio.
editor-in-chiefketua sidang pengarangKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir petugas-petugas media massa, khususnya dalam kegiatan pemberitaan.
stage managerpengurus pentasKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti pementasan dan penggambaran supaya berjalan lancar. Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan petugas-petugas pentas di bawah kelolaannya.
closed setset tertutupKomunikasiTiada1. Set yang tidak terbuka kepada orang awam. 2. Set yang digunakan bagi penggambaran adegan-adegan ranjang. Semasa penggambaran dilakukan, hanya petugas-petugas terpenting sahaja yang hadir.
hand-to-hand checksemakan terperinciPentadbiran PerniagaanTiadaPemeriksaan teliti benda pos yang diagihkan atau diambil alih dari seorang petugas kepada petugas yang lain.
special correspondentwartawan khasKomunikasiKorporatPetugas khas yang dihantar oleh organisasi media untuk membuat laporan di sesuatu tempat dalam keadaan yang dilihat penting oleh pihak organisasi tersebut. petugas ini juga merupakan kakitangan yang memegang sesuatu jawatan dalam organisasi media berkenaan. pemilihan petugas berdasarkan kepakaran dalam sesuatu bidang atau subjek dan mempunyai kemahiran pelaporan yang tertentu. jawatan ini tidak wujud dalam hierarki organisasi tetapi hanya merupakan satu fungsi khusus yang diwujudkan bagi memenuhi keadaan atau keperluan pemberitaan organisasi media. petugas biasanya daripada kalangan wartawan kanan dalam organisasi media. sebagai wartawan khas, petugas boleh melakukan semua tugas, seperti mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita kepada media. wartawan khas berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita. sinonim pewarta khas.
political workerpetugas politikSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut.
task forcepasukan petugasPentadbiranPentadbiran Awam

Kumpulan individu dalam organisasi yang dilantik secara sah dan diberikan amanah serta tanggungjawab untuk menyempurnakan sesuatu tugas dalam sesuatu jangkamasa yang ditetapkan. Pasukan petugas biasanya bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh seorang ketua yang memantau perjalanan sesuatu perkara atau projek sehingga selesai. Biasanya pasukan petugas ini dilantik untuk menyelidik dan mengenalpasti matlamat sesuatu perkara atau projek yang hendak dilaksanakan sebelum ianya diputuskan. Sebagai contoh, pasukan petugas yang ditubuhkan untuk memperkukuh kualiti pentadbiran organisasi yang lebih dikenali sebagai KMK (Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja).

propmanpetugas alatanKomunikasiTiadaPetugas yang mengatur dan menguruskan kelengkapan set persembahan pentas, penggambaran filem dan televisyen.
floor manpetugas studioKomunikasiTiadaPetugas di stesen radio atau televisyen yang ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di studio ketika rakaman atau siaran sedang dijalankan.
12345678910...

Kembali ke atas