Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnakan (me­warnai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.war.na] | ڤورنا

Definisi : bahan utk mewarnai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pewarna


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Makanan itu mengandung pewarna tiruan. 2. Makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Ayat mana yang betul?Ayat yang betul ialah makanan itu mengandungi pewarna tiruan. Harap maklum.Tatabahasa25.07.2008
Ahmad Aiman Nordin Jul 7th, 9:53am Penjaja minuman dikehendaki _______________________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A. memberhentikan B. memberhenti C. berhentikan D. berhenti Apakah jawapan yang tepat? Mohon jasa baik pihak DBP menerangkan waktu bila digunakan memberhentikan , memberhenti, berhentikan dan berhenti. Terima kasih.Penjaja minuman dikehendaki berhenti daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. Berhenti bermaksud tidak meneruskan lagi. Memberhentikan bermaksud menjadikan (menyebabkan) berhenti, seperti Ali memberhentikan basikalnya. Tidak ada perkataan memberhenti.Tatabahasa07.07.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi "aluminium salts (lakes)" dalam konteks bahan pewarna yang dibenarkan dalam makanan.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi aluminium salts (lakes) ialah garam aluminium (tasik)Makna17.08.2021
Bolehkah istilah "subsidiary dye" dipadankan dengan "pencelup subsidiary".Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi perkataan subsidiary dye ialah pencelup subsidiari atau pewarna subsidiari.Istilah17.08.2021
BM translate of Beverage with "no coloring" should be "Tanpa perwarna" OR "Tanpa warna"?

Terjemahan yang tepat bagi “no colouring” ialah “tanpa pewarna”. Contohnya, “food colouring” bermaksud pewarna makanan (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan)

Penyemakan dan penterjemahan04.06.2020
Maaf, saya ingin bertanya tentang istilah inai Mehendi bagi masyarakat India. Adakah betul ejaan tersebut di dalam bahasa Melayu? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Inai dan “mehndi” merujuk objek yang sama, iaitu sejenis tumbuhan yang daunnya ditumbuk untuk menghasilkan pewarna merah. “Mehndi” berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu “mendhika” yang juga merujuk pokok inai. “Mehndi” bukan perkataan bahasa Melayu. Inai sahaja sudah mencukupi untuk merujuk pokok atau bahan pewarna bagi jari, rambut dan sebagainya.

Istilah30.05.2020
Assalamualaikum, saya siti azrah dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik UKM. Saya ingin bertanya tentang istilah bahasa melayu yang sesuai apabila tajuk kajian saya diubah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu Tajuk kajian penyelidikan saya ialah "Synthesis and characterization of TiO2-ZnO core-shell nanograss for dye-sensitized solar cell". Apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "core-shell" "nanograss" dan "dye- sensitized solar cell". Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya. Terima kasihUntuk makluman, belum terdapat istilah khusus untuk "core-shell" dan "dye-sensitized solar cell" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:
core- teras
shell - petala
dye-pewarna
sensitized - terpeka
solar cell- sel suria

Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "core shell" ialah petala teras dan "dye-sensitized solar cell' ialah sel suria terpeka pewarna.
Istilah06.09.2015
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi perkataan Bahasa Inggeris berikut: 'frit' yang bermakna "a calcined and pulverized mixture used to make soft-paste porcelain or ceramic glazes"; dan 'fritware' atau juga dikenali sebagai 'stonepaste' yang bermakna "a type of pottery in which frit (ground glass) is added to clay to reduce its fusion temperature"?Terjemahan yang sesuai bagi frit merujuk bidang geologi, kimia dan perubatan ialah frit yang bermaksud bahan tak organik yang dikisar halus, dicampur dengan fluks dan agen pewarna, yang menjadi kaca atau enamel apabila dipanaskan.
Makna11.09.2020
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “saffron”.Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut:

safron
kata nama

1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga Kashmir, India;
koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma;

Crocus sativus;

benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan.

Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya.

Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini.
Lain-lain01.07.2021
Melalui semakan kami, tiada padanan bagi “saffron” sebagai “Kuma” tetapi terdapat padanan “kuma-kuma” dan “safron. Sebolehnya kami berhasrat untuk mengekalkan padanan “kuma”. Apakah padanan yang sebenar dan bersesuaian bagi “safron”. Saffron 329. (1) Saffron shall be the dried stigmata or top of style of flower of the plant Crocus sativus. Kuma 329. (1) Kuma hendaklah stigmata kering atau bahagian atas stil bunga tumbuhan Crocus sativusKamus Dewan Perdana (DBP, 2020) telah merakamkan safron dalam senarai entrinya. Maklumat entri ini adalah seperti yang berikut:

safron

kata nama

1 tumbuhan kecil berbunga ungu kemerah-merahan yg banyak terdapat di kawasan Barat Mediterranean, iaitu menganjur dr Sepanyol hingga KashmirIndia;
koma-koma; zafaran; kekuma; komkoma; kuma-kuma; kumkuma; kungkuma;
Crocus sativus;

benang sari drp bunga tumbuhan ini yg dikeringkan, berupa spt tembakau, dan digunakan sbg rempah, pewarna, dan perisa makanan.

Begitu juga dengan kata sinonimnya koma-koma, zafaran, kekuma, komkoma, kuma-kuma, kumkuma dan kungkuma telah dijadikan entri. Hal ini bermakna, masyarakat boleh menggunakan pilihan kata tersebut mengikut kesesuaian konteksnya.

Para pengguna juga disarankan untuk memiliki Kamus Dewan Perdana untuk memperoleh maklumat yang terkini.
Lain-lain01.07.2021

Kembali ke atas