Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi] | ڤي

Definisi : (pai) 1. huruf ke-16 abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , ; 2. (Mat) nombor asas dlm matematik (bernilai 22/7 atau 3.142) yg merupakan nisbah lilitan sesuatu bulatan terhadap garis pusatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi] | ڤي

Definisi : bp pergi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi] | ڤي

Definisi : C taruhan dlm permainan judi; main ~ berjudi dgn membayar taruhannya kemudian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi] | ڤي

Definisi : C sj kura-kura yg kecil di sungai dll, bulus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PI

Pi ialah nisbah lilitan satu bulatan kepada

diameternya. Nisbah ini sama bagi setiap bulatan

dan mempunyai nilai lebih kurang 3.14159. Ia

diwakili oleh huruf Yunani ð (pi) .

UMUM 
TITIK ISOELEKTRIKNilai pH sesuatu larutan yang menunjukkan molekul dalam larutan itu mempunyai cas bersih sifar. Pada pH ini, nilai cas positif dan negatif pada molekul tersebut adalah sama dan diberikan simbol pI. Nilai pH ini juga dikenali sebagai titik isoionik. Struktur molekul yang mempunyai cas bersih sifar ini dinamai bentuk zwiterion. Contoh lazim molekul yang mempunyai sifat ini ialah asid amino dan protein....untuk maklumat lanjut sila rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
TUKUP GASCara sesuatu daya menolak keluar minyak atau gas dari dalam reservoir ke telaga. Mekanisme perolehan juga digunakan dengan maksud yang sama kerana pacuan menghasilkan perolehan minyak. Pelbagai jenis mekanisme pacuan wujud tetapi secara am boleh dibahagi kepada semula jadi dan buatan. Pacuan semula jadi ialah pacuan gas larutan, pacuan tukup gas, pacuan air, pacuan graviti, dan pacuan kemampatan. Pada asalnya, tekanan dalam telaga dan seluruh formasi berada pada tekanan asal Pi. Apabila telaga dibuka, tekanan dalam telaga turun menyebabkan minyak mengalir ke dalam telaga kerana perbezaan tekanan. Minyak yang tertinggal akan mengalami kejatuhan tekanan menyebabkan minyak dan gas yang larut mengembang dan menolak minyak ke arah telaga. Daya tolakan ini disebabkan pengembangan gas larutan atau pacuan jenis gas larutan....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
KULINTANGAN

KULINTANGAN, set alat muzik idiofon yang terdiri daripada lapan atau sembilan biji gong kecil bentuk mangkuk yang disusun dalam satu barisan dan diletakkan di atas sebuah kerangka kayu yang menjadi penyalur bunyi. Kulintangan terkenal dengan nama kulintang di Thailand dalam ensembel pi phat, dan di Brunei kulintang dikenal dengan nama gulintangan.

BUDAYAAlat/Alatan

Kembali ke atas