Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative communicationkomunikasi pentadbiranSains PolitikTiada1. Pernyataan oleh pihak yang bertanggungjawab mengurus dan mengelolakan perjalanan sesebuah organisasi.,2. Perhubungan antara sesama bahagian pentadbiran dan antara pihak pentadbiran dengan pihak-pihak lain tentang pelaksanaan dasar dan keputusan.
adjudicative factsfakta adjudikasiUndang-undangTiadaPerkara fakta berkenaan dengan pihak-pihak dalam prosiding pentadbiran berbanding dengan fakta-fakta perundangan.
recital clausefasal deklamasiPentadbiran PerniagaanTiadaFasal permulaan dalam polisi menyatakan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian.
news from interviewberita wawancaraKomunikasiTiadaBerita yang dihasilkan dengan mewawancara pihak-pihak yang berkaitan secara pertemuan peribadi atau melalui perbualan telefon.
video conferencingpersidangan videoKomunikasiTiadaSistem yang menggunakan teknologi satelit yang membolehkan pihak-pihak yang berada di tempat yang berasingan mengadakan mesyuarat atau berbincang antara satu sama lain melalui skrin.
forestry assistancebantuan perhutananPerhutananTiadaSebarang bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu dalam bidang perhutanan sama ada dari segi perkhidmatan, tunjuk ajar, nasihat atau kewangan.
peacemakerpendamaiSejarahTiadaOrang yang merancang atau mencari jalan tengah atau usaha berdamai antara pihak-pihak yang bertelingkah.
power politicspolitik kuasaSejarahTiadaPolitik yang memperlihatkan permainan kuasa atau penonjolan kuasa oleh pihak-pihak yang terlibat.
local enquiry (election)siasatan tempatanUndang-undangTiadaSiasatan yang diadakan apabila diterima representasi daripada pihak-pihak tertentu yang membantah syor Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengubah mana-mana bahagian pilihan raya.
declaratory reliefrelief perisytiharanUndang-undangTiadaPerisytiharan yang dibuat oleh mahkamah yang menyatakan hak pihak-pihak yang berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas