Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.lih] | ڤيليه

Definisi : ; ~ bulu memandang kedudukan, bangsa, keturunan, dsb; ~ kasih mengasihi (memihak) sesuatu pihak, berat sebelah dlm membuat keputusan dll; berpilih-pilih 1. pilih dgn amat teliti; 2. susah didapat, sedikit saja (yg), tidak sebarang (orang dll): ~ orang yg boleh menjadi pemimpin perkumpulan itu; raja-raja dan menteri-menteri yg banyak itu ~ yg tahu akan bahasa Nigrama itu; memilih 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah­-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; memilihkan memilih (barang, jodoh, dll) utk orang lain; terpilih 1. dapat dipilih, telah dipilih: wakil PAS yg tunggal dlm Parlimen pernah ~ dr Kerian; 2. memilih dgn tidak sengaja; pilihan 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg ter­baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; pemilihan hal atau perbuatan memilih: suara merdu sesuatu biola kecil adalah bergantung pd ~ kayu yg istimewa; ~ yg dijalankan itu tidak begitu adil; ~ alamiah (Bio) teori tentang evolusi organis­ma (dipelopori oleh Darwin) yg menyatakan bahawa individu sesuatu spesies yg dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran akan dapat hidup dlm persekitaran itu dan cen­derung membiak dgn banyak; ~ bertingkat (berjenjang) ark Id pemilihan wakil parlimen yg tidak langsung oleh rakyat; ~ buatan (Bio) pemilihan tumbuhan atau haiwan yg mem­punyai ciri terbaik utk dikacukkan; ~ langsung Id pemilihan wakil parlimen yg langsung oleh rakyat; ~ umum Id pilihan raya umum; pemilih 1. orang yg memilih; 2. terlalu memilih-milih: ia sangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.lih] | ڤيليه

Definisi : ; ~ kasih berat sebelah atau melebihkan pertimbangan kpd pihak yg disayangi dlm membuat keputusan dsb. memilih 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. memilihkan memilih barang (jodoh dll) utk orang lain: Ibulah yg ~ saya baju ini. pilihan yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. pemilihan perbuatan atau hal memilih: ~ dilakukan berdasarkan kelulusan akademik serta pengalaman seseorang calon. ~ umum pemilihan wakil rakyat yg dibuat secara undi atas dasar demokrasi. pemilih 1 orang yg memilih. 2 terlalu atau sangat teliti ketika memilih; bersikap suka memilih: ~ benar kamu ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Pilih-pilih tempat nak mandi,
     Pertama teluk kedua pantai;
Asyik memilih kain sekodi,
     Manakan laku kain sehelai.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Memilih sangat,
     terpilih buku.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Pilih-pilih ruas [= tebu], terpilih pada buku [= dilabu muda]. buku = buku buluh atau buku tebu).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pick 1 ~ and choose, (colloq) memilih; (derog) pilih bulu: she’s fortunate to be in the position to ~ and choose the job she wants, dia beruntung krn berpeluang memilih pekerjaan yg dia mahu; she’s the type who ~s and chooses her friends, dia jenis orang yg pilih bulu; ~ so’s brains, (colloq) tanya-tanya sedikit: I hear you’re a mathematician,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nephritisn pilih keluarga, nepotisme.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
favouritismn pilih kasih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
permutationn ( math ) pilih atur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onshe did not comment ~ my choice of colour, dia tdk membuat sebarang komen tentang warna yg saya pilih; she’s mad ~ tennis, dia gila bermain tenis; he’s very keen ~ her, dia sangat meminati gadis itu; they agreed ~ those two points only, mereka bersetuju tentang dua perkara itu sahaja; he was congratulated ~ his perfomance, dia diberi ucapan tahniah kerana prestasinya; congratulations ~ winning the contest, tahniah kerana memenangi peraduan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
favourn 1. approval, sokongan: to keep the voters’ ~, mengekalkan sokongan pengundi; 2. act of kindness, pertolongan: to ask a ~ of so., meminta pertolongan drpd sso; 3. partiality, pilih kasih: without fear or ~, tanpa gentar atau pilih kasih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
between6. (indic two or more alternatives) antara: a choice ~ pink and red, pilihan antara warna merah jambu dgn warna merah; choose ~ him and me, pilih antara dia dgn saya; 7. separating, distinguishing, antara: the difference ~ butter and margarine, perbezaan antara mentega dgn marjerin; the distinction ~ right and wrong, perbezaan antara yg betul dgn yg salah; 8. confined to, sesama: this is strictly ~ ourselves, ini adalah sesama kita sahaja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chalkn kapur; not by a long ~, jauh sekali: this job is not what I would have chosen for myself, not by a long ~, kerja ini bukanlah kerja yg akan saya pilih, jauh sekali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wayb. in progress, sedang berjalan: preparations for the conference were well under ~, persediaan utk persidangan itu sedang berjalan; plans are already under ~ for a new building, rancangan-rancangan utk membina sebuah bangunan baru sedang berjalan; you can’t have it both ~s, pilih antara dua: either you study or you work; you can’t have it both ~s, sama ada kamu belajar atau kamu bekerja; pilih antara dua.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
remaindern 1. the rest, selebihnya: 10 were called in, the ~ waited outside, 10 orang dipanggil masuk, selebihnya menunggu di luar; the ~ of the luggage will be sent by sea, bagasi yg selebihnya akan dihantar dgn kapal; pick out what you want and leave the ~, pilih apa yg kamu mahu dan tinggalkan yg selebihnya; 2. (math) baki: if you take 3 from 7, the ~ is 4, kalau diambil 3 dr 7, bakinya ialah 4; 3. (leg.) baki.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas