Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.li.han] | ڤيليهن

Definisi : 1. yg telah dipilih, hasil memilih: siapalah yg tahu agaknya di sana telah sedia ada anak gadis ~ ayah As sendiri; 2. yg ter­baik (terpilih, terkemuka, dll): dihantarnya beberapa orang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.li.han] | ڤيليهن

Definisi : yg telah dipilih (umumnya yg terbaik, terkemuka dll): pemain ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Naik bukit pergi Asahan,
     Bayar niat mudah-mudahan;
Sungguhpun songket kain pilihan,
     Tapi tak boleh buat basahan.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapa laman web PRPM tidak konsisten? Pilihan-pilihan seperti terjemahan, kamus, istilah, ensiklopedia, bahasa suku kaum peribumi Sabah dan Sarawak, arkib soalan dan lain-lain tidak selalu ada seperti biasa. Hari ini saya langsung tidak dapat mencari terjemahan bahasa Inggeris untuk satu perkataan sekalipun seperti kebiasaannya. Pilihan Khidmat Nasihat juga tidak ada dalam kotak 'Juga ditemukan dalam:'. Mohon ambil perhatian.Salam Sejahtera.


Mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak kami mengambil perhatian mengenai isu gangguan teknikal yang berlaku dan tindakan susulan telah diambil. 


Terima kasih.
Lain-lain12.07.2022
Tuan/Puan, Apakah terjemahan bagi perkataan "with" - "dengan" di bawah adalah betul. Sumber: Your doctor will discuss these options with you. Sasaran: Doktor anda akan membincangkan pilihan-pilihan ini dengan anda. Jika 'dengan' tidak sesuai, mohon pihak tuan/puan mencadangkan perkataan yang sesuai. Sekian, terima kasih.Terjemahan bagi perkataan with sebagai dengan dalam contoh ayat yang diberikan adalah betul mengikut konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan22.06.2021
Apakah beza dan bagaimana cara utk menggunakan perkataan "pilihan" & "pemilihan"? Adakah terjemahan utk perkataan "selection" hanya terhad kepada "pemilihan" sahaja, atau boleh juga diterjemahkan sebagai "pilihan". Jika boleh, bagaimana utk menentukan terjemahan (pilihan @ pemilihan) yang manakah yang lebih sesuai digunakan utk "selection".Dalam Kamus Dewan, terdapat pilihan antara pilihan dan pemilihan. Pilihan ialah sesuatu yang telah dipilih, atau hasil memilih; dan pemilihan ialah hal atau perbuatan memilih. Maka terjemahan perkataan selection dalam bahasa Melayu bergantung pada konteks maknanya dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.03.2014
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini?Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar?Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah:

1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan
2. Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri.Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu.
Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar.

 - Bahagian Pilihan raya Persekutuan
 - Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Assalamu'alaikum, ejaan pilihan raya umum atau Pilihan Raya Umum, atau Pilihannya Umum, mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum".
Tatabahasa08.06.2020
Antara berikut, manakah ayat yang tepat: 1. Pilihan dalam tangan anda 2. Pilihan pada tangan anda 3. Pilihan di tangan andaAyat yang betul ialah "Pilihan di tangan anda."Tatabahasa16.08.2022
Pilihan Manakah yang tepat dari segi tatabahasa: Institusi Pemberi Pinjaman atau Institusi Pemberian Pinjaman? a.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberian Pinjaman. b.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberi Pinjaman.

Institusi Pemberi Pinjaman lebih tepat dari sudut tatabahasa.

Tatabahasa30.08.2023
Pilihan terjemahan ayat yang manakah betul, A atau B? Soalan: But whatever the ancient gods decided, who are we to question, right? A: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya, benar? B: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkan, bukan?Terjemahan yang betul ialah: Tetapi apa jua yang dewa kuno mahukan, siapalah kita untuk mempersoalkannya?Makna27.11.2022
12345678910...

Kembali ke atas