Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pilihan umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pilihan yg dilakukan secara undi utk memilih wakil rakyat ke Parlimen atau ke Dewan Negeri; pemilihan umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri.Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu.
Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar.

 - Bahagian Pilihan raya Persekutuan
 - Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar?Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah:

1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan
2. Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini?Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
Assalamu'alaikum, ejaan pilihan raya umum atau Pilihan Raya Umum, atau Pilihannya Umum, mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum".
Tatabahasa08.06.2020
Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Pilihan Raya Umum Ketiga" dengan "Pilihan Raya Umum ketiga"?Jawapan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum Ketiga" Lain-lain19.10.2021
Adakah "pilihan raya umum" dianggap sebagai kata nama khas atau sekadar kata nama am?Pilihan Raya Umum merujuk pemilihan ahli dewan rakyat di Malaysia. Jadi, Pilihan Raya Umum ditulis sebagai kata nama khas. Tatabahasa01.04.2015
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "electoral district"? Adakah "daerah pengundi" atau "daerah pilihan raya" atau "kawasan pilihan raya" sesuai digunakan berdasarkan ayat di bawah? Contoh ayat: Which of the following is your electoral district? Terima kasih.Kami cadangkan padanan kawasan pilihan raya digunakan bagi terjemahan yang tersebut.Istilah25.04.2013
EJAAN YANG BETUL: PILIHAN RAYA ATAU PILIHANRAYAEjaan yang betul ialah pilihan raya.Ejaan12.01.2010
Salam, Saya hendak bertanya tentang penggunaan huruf besar yang betul bagi dua pernyataan yang berikut. 1. pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 2. pilihan raya Majlis Bandaran Sekian, terima kasihEjaan yang betul ialah: Pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pilihan raya majlis bandaran/perbandaran atau Pilihan raya Majlis Perbandaran Bentong.Ejaan21.05.2012
yang mana satu betul? 1. pilihanraya/pilihan raya 2. naskhah/naskah 3. muka surat/mukasurat

 Ejaan yang betul ialah pilihan raya, naskhah dan muka surat.

Tatabahasa11.08.2014
123

Kembali ke atas