Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemilihan umum yg diadakan utk memilih wakil di Parlimen, Dewan Undangan Negeri dsb; ~ kecil pilihan raya yg diadakan utk mengisi satu atau beberapa kekosongan kerusi sahaja di Parlimen dsb yg timbul selain disebabkan oleh pembubaran Parlimen atau pembubaran Dewan Undangan Negeri; ~ Negeri pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; ~ Parlimen pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Rakyat; ~ umum pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pilihan umum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pilihan yg dilakukan secara undi utk memilih wakil rakyat ke Parlimen atau ke Dewan Negeri; pemilihan umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
returning officerpegawai pengurusUndang-undangTiadaPegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tiao-tiap satu bahagian pilihan raya yang kepadanya writ pilihan raya dikeluarkan untuk mengadakan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil di bahagian pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang.
presidential electionpilihan raya presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya khas yang diadakan untuk memilih ketua negara dan ketua kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpresiden. Pilihan raya ini diadakan secara berkala seperti empat tahun sekali di Amerika Syarikat atau enam tahun sekali di Filipina. Pilihan raya ini boleh disertai secara individu atau mewakili parti tertentu. Semua pengundi yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya ini dan calon yang memenangi pilihan raya akan dilantik menjadi presiden negara. Contohnya, pilihan raya presiden yang diadakan di Amerika Syarikat pada November 2004 akan menyaksikan pertandingan antara George Bush dari parti Republikan dan John Kerry dari parti Demokratik.
delimitation of constituencypersempadanan bahagian pilihan rayaUndang-undangTiadaPengubahan yang dibuat dalam pembahagian Persekutuan dan Negeri-Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.
writ of electionwrit pilihan rayaUndang-undangTiadaWrit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang mengandungi arahan menghendaki pegawai pengurus sesuatu bahagian pilihan raya mengambil langkah-langkah bagi mengadakan suatu pilihan raya mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang.
noticeof electionnotis pilihan rayaUndang-undangTiadaNotis untuk mengadakan pilihan raya selepas writ pilihan raya dikeluarkan.
by-electionpilihan raya kecilUndang-undangTiadaPilihan raya yang diadakan di luar waktu atau masa yang ditetapkan untuk pilihan raya umum apabila sesuatu kerusi dikosongkan oleh kerana sesuatu sebab tertentu.
election fraudpenipuan pilihan rayaSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan penyelewengan yang dibuat dalam pilihan raya untuk mendapatkan kemenangan atau menjatuhkan sesuatu lawan. Penipuan boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti mewujudkan pengundi hantu, penggunaan wang dengan mengupah pegawai pilihan raya atau pembelian undi, penyelewengan dalam senarai pendaftaran, pemaksaan pengundi untuk memilih calon tertentu, pemindahan pengundi dari senarai pendaftaran ke kawasan lain, pengisian kotak undi dengan kertas undi terlebih dahulu sebelum hari pengundian dan penambahan atau pemindaan undi dalam kertas undi pos. Penipuan boleh dibuat oleh mana-mana pihak, namun lebih banyak dilakukan oleh pihak yang menguasai badan yang menjalankan pilihan raya. Contohnya, penggunaan kad pengenalan seorang yang sudah meninggal dunia yang tidak didaftarkan kematiannya untuk mengundi merupakan satu penipuan dalam pilihan raya.
conduct of electionsperjalanan pilihan rayaUndang-undangTiadaCara dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bagi Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
election expensebelanja pilihan rayaUndang-undangTiadaPembayaran yang dibuat atau belanja yang dikeluarkan oleh seseorang calon atau ejennya dalam sesuatu pilihan raya. Had maksimum belanja pilihan raya ditetapkan oleh undang-undang.
voting machinejentera mengundiSains PolitikPolitik PerbandinganTeknik yang digunakan oleh badan pengendali pilihan raya supaya pilihan raya berlangsung dengan licin dan sistematik. Teknik ini digunakan bermula daripada peringkat pendaftaran pemilih sehingga ke peringkat penjumlahan undi serta pengisytiharan kemenangan dalam sesuatu pilihan raya. Prosedur yang ditetapkan dalam jentera ini seperti senarai pengundi yang terkini, proses penyemakan yang rapi dan pengiraan yang telus serta sentiasa dikemas kini bagi memastikan perjalanan pilihan raya menjadi cekap, bersih dan lancar.
12345678910...

Kembali ke atas