Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pilihan raya yg dijalankan utk memilih ahli Dewan Undangan Negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKTA PILIHANRAYA 1958

Akta Pilihan Raya 1958. Akta yang digubal pada tahun 1958  untuk membuat peruntukan berkaitan dengan pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri-Negeri.

UNDANG-UNDANGAkta
PARTI POLITIK

Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur

yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah

kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing

antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk

mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan.

Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat

kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah.

UMUM 
PARTI PERIKATAN SARAWAK

PARTI PERIKATAN SARAWAK, parti politik.  Parti Perikatan Sarawak adalah gabungan beberapa buah parti di Sarawak.  Penubuhan Parti Perikatan Sarawak berteraskan usaha untuk menyatupadukan parti politik yang pro-Malaysia bagi menghadapi pilihan raya Sarawak pada tahun 1963.  Pengumurnan untuk mengadakan pilihan raya ini ditentukan oleh kerajaan British.  Tujuan utamanya adalah untuk membentuk kerajaan negeri Sarawak menjeIang kemerdekaan dan pengisytiharan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
SEMANGAT 46SEMANGAT 46, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada 11 Mei 1989.  Penubuhan parti ini adalah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu, Terengganu.  Penubuhan Parti Semangat 46 bermula dengan perpecahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987 dan diikuti  dengan pengharaman UMNO pada bulan Februari 1988.  Oleh itu, matlamat penubuhan parti ini ialah berusaha untuk meneruskan semangat perjuangan UMNO 1946.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SURUHANJAYA REIDKapsyen          :           Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955

 

SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas