Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pilihan raya yg dijalankan utk memilih wakil bagi semua kerusi Dewan Rakyat atau bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri yg diadakan secara berkala mengikut selang tempoh yg ditetapkan oleh Perlembagaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum, ejaan pilihan raya umum atau Pilihan Raya Umum, atau Pilihannya Umum, mana satu yang betul?Ejaan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum".
Tatabahasa08.06.2020
Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Pilihan Raya Umum Ketiga" dengan "Pilihan Raya Umum ketiga"?Jawapan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum Ketiga" Lain-lain19.10.2021
Adakah "pilihan raya umum" dianggap sebagai kata nama khas atau sekadar kata nama am?Pilihan Raya Umum merujuk pemilihan ahli dewan rakyat di Malaysia. Jadi, Pilihan Raya Umum ditulis sebagai kata nama khas. Tatabahasa01.04.2015
Apakah akronim yang betul bagi Pilihan Raya Umum ke-14? Adakah PRU-14, PRU14, PRU ke-14?Penggunaan yang betul ialah PRU ke-14.Tatabahasa03.11.2020

Kembali ke atas