Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.dah] | ڤينده

Definisi : bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan meru­gikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = me­mindah-mindah, pindah-memindah men­jangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.dah] | ڤينده

Definisi : ; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Orang pindah-pindahan,
     bertanam tak boleh dimakan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pindah

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud pindah ialah bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman web DBP.

Makna24.01.2010
Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar?

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur
.

Contoh lain:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh lain:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.
Tatabahasa11.10.2015
Adakah betul istilah " pindah urus " dan sekiranya betul apa maksudnya?. terima kasihIstilah "pindah urus" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sekiranya ada istilah inggeris untuk perkataan ini, boleh dikemukakan kepada kami untuk diberikan padanan bahasa melayu yang sesuai.Istilah05.01.2011
ejaan yang betul adakah pindahmilik atau pindah milik?Ejaan yang betul ialah pindah milik.Ejaan08.06.2016
Tuan, Ayat cakap pindah di bawah adalah betul atau salah? 1. Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita. Terima kasih.Bentuk ayat cakap pindah "Dia berkata bahawa kulit muka yang cantik memang menjadi idaman setiap wanita" adalah betul.  Walau bagaimanapun puan tidak melampirkan contoh cakap ajuknya untuk kami padankan.Tatabahasa08.11.2016
Salam, apakah tajuk/istilah yang sesuai untuk ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah? Ayat tanya, ayat perintah, ayat penyata, ayat seruan - Jenis ayat Ayat aktif dan ayat pasif - Ragam ayat Ayat susunan biasa dan ayat songsang - Bentuk ayat Terima kasih.Ayat cakap ajuk dan cakap pindah termasuk dalam kaegori ayat penyata.Tatabahasa01.06.2016
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'.

Cik Puan Zafirah,

Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu. 

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan,   tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut:

   Contoh:

   Cakap ajuk  :  "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

  Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. 

 

Tatabahasa31.05.2009
Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini

Untuk makluman:
 
1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.

Contoh:

      Saya sudah membuat kerja itu.

     Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)

Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.

2.   Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 

   Contoh:

   Cakap ajuk:  "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.

   Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia.

Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. 
Tatabahasa08.01.2021
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009
“Seronoknya kerana dapat bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti,”kata Sheng Kee kepada Vinoth. Saya nak tanya macam mana tukarkan ayat ini dalamayat cakap pindah kepada cakap ajuk ayat ?Mohon Tuan boleh memberi penjelasan .Terima kasih
Cakap pindah ialah cakap yang sudah diubah bentuknya menjadi laporan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut.

Sheng Kee menceritakan keseronokannya apabila dapat bercuti di Pulau Langkawi pada cuti penggal persekolahan nanti kepada Vinoth.  
 
Tatabahasa22.01.2021
1234

Kembali ke atas