Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.dah] | ڤينده

Definisi : bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan meru­gikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = me­mindah-mindah, pindah-memindah men­jangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.dah] | ڤينده

Definisi : ; berpindah 1 beralih tempat (kediaman); pergi menetap ke tempat lain: Minggu depan saya akan ~ ke Kelang. 2 bertukar atau berganti kenaikan (tempat kerja dll): Sesampai di Melaka, mereka telah ~ bas. 3 = berpindah-pindah merebak atau menular (bkn penyakit): Kurap ialah sj penyakit yg mudah sekali ~. ~-randah selalu bertukar tempat. ~ tangan bertukar pemiliknya. memindahkan 1 meletakkan atau mengalih ke tempat lain; membawa berpindah: Kerajaan telah ~ kaum setinggan ke rumah-rumah pangsa. 2 mengubah bahasa sesuatu karangan dll; menterjemahkan: Tidak mudah ~ bahasa Arab ke bahasa Melayu. 3 mengalih kuasa dll ke pihak lain. 4 mengalih anak semaian dsb ke tempat lain: Semasa ~ semaian itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak terjejas. pindahan sesuatu yg dipindahkan: barang ~. perpindahan hal berpindah: ~ haiwan, baik jauh atau dekat, berkaitan dgn masalah mencari makanan utk hidup. pemindahan perbuatan atau hal memindahkan: Inilah permulaan ~ kuasa syarikat ke tangan kerajaan Inggeris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Orang pindah-pindahan,
     bertanam tak boleh dimakan.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak tetap, selalu mendatangkan kerugian. (Peribahasa lain yang sama makna: Orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fibre migrationpindah gentian/pindah seratKesenianTiadaTiada
chromatid interferencegangguan kromatidBiologiGenetikKesan suatu pindah silang terhadap pembentukan pindah silang yang lain pada kromatid yang sama.
crossover suppressorsupresor pindah silangBiologiGenetik1. Mutasi yang menghalang berlakunya pindah silang, misalnya mutasi songsangan. 2. Gen atau songsangan yang menghalang pindah silang.
mass-transfer coefficient see also mass-transfer method. (tn 83)koefisien pindah jisim lihat juga kaedah pindah jisimHidrologiTiadaKoefisien yang digunakan dalam kaedah pindah jisim.
coefficient of interferencepekali gangguanBiologiGenetikUkuran bagi hubungan pindah silang ganda dua, sama ada pindah silang di satu kawasan atau mempengaruhi pindah silang di kawasan yang lain.
interferencegangguanBioteknologiTiadaUkuran darjah apabila sesuatu silang oleh kromatid mempengaruhi kebarangkalian pindah silang yang kedua oleh kromatid yang sama. Gangguan positif menunjukkan pengurangan pindah silang yang akan meningkatkan kebarangkalian pindah silang kedua.
mass-transfer method see also mass-transfer coefficientkaedah pindah jisim lihat juga koefisien pindah jisimHidrologiTiadaKaedah yang digunakan untuk menganggar sejatan dengan anggapan bahawa sejatan itu adalah berkadaran dengan halaju angin (mungkin dengan kuasa kurang dari satu), dengan perbezaan tekanan wap penepuan yang bersepadanan dengan suhu permukaan air dan tekanan wap udara di sekeliling, dan dengan koefisien pindah jisim empirik.
somatic crossing overpindah silang somaBiologiGenetikPindah silang semasa mitosis sel soma yang membawa kepada segregasi alel heterozigus.
unequal crossing overpindah silang tidak seimbangBiologiGenetikPindah silang sejajar yang menghasilkan satu kromosom yang kekurangan gen tertentu dan satu kromosom yang kelebihan suatu gen tertentu.
tangential transfer ellipseelips pindah tangenMatematikTiadaElips pindah yang mewujudkan laluan untuk membolehkan pemindahan dari satu orbit yang mengelilingi satu jasad samawi yang lain itu, berlaku dengan menggunakan bahan dorong yang minimum.
12345678910...

Kembali ke atas